October 12th, 2020

Meskipun telah mengambil keputusan untuk berhijrah beberapa tahun lalu, bekas vokalis kumpulan rock iaitu Zul Handy Black, kini khabarnya semakin rancak berdakwah melalui muzik.

Namun begitu, Zul dilihat tampul mendedahkan wujud segelintir pihak seakan kurang senang dengan tindakannya yang memberi teguran demi kebaikan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zul dikatakan agak terkilan selepas mendapati niatnya untuk mengajak orang sekelilingnya ke arah yang kebaikan sering disalah erti.

Lebih mengejutkan, ada pula yang menegurnya semula seolah mengungkit kisah silamnya dahulu.

“Bila tegur, banyak respons yang berbunyi, ‘macam kau sorang masuk syurga’,’kubur masing-masing, ‘kau pun dulu teruk juga’,’ Aku buat sebab Nabi SAW suruh buat kerja dakwah. Sampaikan walaupun sebaris ayat. Dakwah datang dengan pelbagai gaya, corak, bentuk dan kaedah. Sahabat Nabi, ada yang berlembut, ada yang berkeras.”

Bagaimanapun, menerusi sebuah posting berasingan di Insta Story, Zul mengakui mungkin caranya agak kasar dalam berdakwah, namun beliau hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, malah menegaskan ia terpulang sama ada mahu menerimanya dengan cara positif atau sebaliknya.

“Yang nak terima walaupun telinga bernanah dan hati berdarah, tu tandanya iman masih ada, dan Allah masih sayang, nak kita berubah ke arah yang lebih baik. Yang taknak terima u baiklah, aku bukan nak merampas keseronokan korang, tapi nanti, di akhirat, jangan aku dituntut apa apa lagi sebab di dunia ni, aku dah cuba dan berusaha jalankan tanggungjawab aku.”

Rentetan kejadian, Zul tetap memaklumkan bahawa segala yang dilakukannya kini adalah untuk kebaikan bersama agar ia menjadi satu usaha murni buat para muslim untuk sama-sama menuju ke syurga kelak.

September 1st, 2016

Apabila seseorang ingin berubah ke arah yang lebih baik, pasti pelbagai dugaan yang akan menimpa mereka. Itulah yang dialami juga oleh Zul Handy Black yang disindir ketika menyampai dakwah daripada rumah ke rumah bersama rakan tablighnya  hanya kerana statusnya sebagai seorang penyanyi rock yang sering dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif.

Bukan itu sahaja, menurut Zul ada yang menganggap beliau hanya berlagak baik dan tidak bersungguh dalam berdakwah.

Pernah beberapa kali saya disindir malah diherdik ketika berdakwah hanya kerana saya adalah penyanyi rock tetapi Alhamdulillah ia adalah dugaan untuk saya.

Bercerita mengenai penghijrahan beliau ini, Zul berkata pintu hatinya terbuka untuk bersama kumpulan tabligh selepas bapanya meninggal kira-kira dua tahun lepas. Beberapa bulan mendekati tabligh, Zul sedar beliau terlalu sibuk dengan urusan dunia sebelum ini.

Keputusan mendekatkan diri dengan tabligh dan kerja amal datang selepas arwah bapa saya meninggal dan ketika itu saya sedar banyak melepaskan masa berkualiti bersamanya kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia.

Alhamdulillah saya bersyukur diberi peluang ini untuk bersama ahli-ahli agama dalam menjalankan kerja dakwah dan amal.

Hendak berdakwah ini bukan mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Apa-apa pun, kami mendoakan Zul Handy Black dapat melakukan yang terbaik dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat.

Sumber Berita : mStar Online