Written by Bella | April 6th, 2017

Bukan kali pertama dihimpit persoalan adakah hubungan percintaan beliau dan Zul Ariffin masih lagi membara, pelakon Zahirah Macwilson sekali lagi menegaskan mereka masih bercinta tetapi tidak mahu terlalu terbuka membicarakan kisah peribadi mereka.  Status hubungan mereka mula menjadi tanda tanya peminat apabila pasangan ini jarang memuat naik foto ataupun menghadiri acara hiburan bersama.

Hubungan kami baik-baik saja, cuma kami memilih untuk tidak bercerita lanjut mengenai perkara ini.

Cukup hanya saya dan Zul saja yang tahu. Lagipun saya lebih selesa hubungan ini tidak diperkatakan umum.

Dalam pada itu, Zahirah juga tidak mahu terlalu memikirkan andaian dan gosip mengenai hubungan percintaannya itu yang didakwa sudah berakhir.

Saya tidak kisah dengan apa saja andaian orang. Saya bahagia bersamanya meskipun jarang muncul bersama di mana-mana acara hiburan atau foto bersama.

Alhamdullillah hubungan mereka masih baik-baik sahaja. Cuma, kadang kala bolehlah bersikap terbuka sedikit agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi hubungan anda dan Zul sudah berakhir. Apa-apa pun, semoga ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.

Sumber Berita : Harian Metro