September 21st, 2020

Bertindak menghadiahkan sebuah rumah jenis kondominium bernilai RM500,000 di Cheras kepada kedua ibu bapanya, ushawan dan pelakon kacak Zoey Rahman kini mendapat perhatian netizen.

Zoey Rahman Hadiahkan Ibu Bapa Kondo Harga Setengah Juta

Jelasnya kejayaan beliau dalam hidup kini adalah datang daripada  restu dan doa ibu bapanya. Malah beliau juga khabarnya mengambil kesempatan yang ada untuk membalas kembali jasa dan pengorbanan mereka yang menyokong serta menyayanginya tanpa berbelah bahagi sepanjang hayatanya termasuklah dalam bidang perniagaan.

“Ibu bapa saya tidak tahu pun mengenai kejutan ini. Mereka datang ke Kuala Lumpur dari Terengganu pun semata-mata ingin memberikan sokongan untuk pelancaran produk saya. Selama ini, mereka menjadi pendengar setia apabila saya berdepan masalah, sering membimbing saya dan mengingatkan saya supaya menjaga solat.

Ujar Zoey lagi, sepanjang lima tahun terbabit dalam dunia perniagaan, dia bergerak sendiri tanpa bantuan ahli keluarga.

Zoey Rahman Hadiahkan Ibu Bapa Kondo Harga Setengah Juta

“Sebenarnya, saya tak suka bekerja dengan ahli keluarga sebab kalau membabitkan mereka, saya kena jaga banyak perasaan dan saya takut tak bersikap profesional. Oleh sebab itu, saya lebih selesa bergerak sendiri menempuh cabaran sebagai ahli perniagaan.”

Sekadar informasi, Zoey merupakan pengasas produk kosmetik dan kecantikan Mikaseries For Superstar yang kini mula mendapat tempat dalam kalangan pengguna khususnya golongan muda.

Zoey Rahman Hadiahkan Ibu Bapa Kondo Harga Setengah Juta

Tambahnya lagi, produk keluarannya juga difahamkan semakin mendapat sambutan yang sangat baik di platform e-dagang seperti Shopee.

Sumber: Gempak