July 1st, 2020

Mendedahkan dirinya sering dijadikan bahan kutukan dan mangsa ejekan semasa zaman persekolahan terutamanya ketika menuntut di tingkatan satu dan dua, pelantun lagu “Nak Ke Tak Nak” Zizi Kirana akui langsung tidak menghiraukan segala hinaan tersebut.

zizi kirana pernah dibuli zaman sekolah

Menurut Zizi, meskipun menerima pelbagai gelaran dan panggilan, namun dirinya yang popular dengan sikap profesional memilih untuk memperdulikan segala caci maki tersebut.

Pendedahan itu dikongsi Zizi sendiri menerusi beberapa muat naik di Instagram Story semalam.

zizi kirana pernah dibuli zaman sekolah

“Macam-macam ejakan yang saya dapat masa awal masuk sekolah menengah, diejek sebab pendek, hitam, gigi arnab, jongang tapi lama-lama saya dah biasa dan tak ambik kisah.”

Ujar Zizi, disebabkan kejadian itu, Zizi dikhabarkan agak memilih untuk berkawan rapat dengan rakan perempuan.

“Perempuan la yang paling suka mengejek saya dulu sebab tu sampai sekarang saya sangat memilih berkawan dengan perempuan.”

Katanya lebih baik sikit bilangan kawan rapat daripada dikelilingi dengan orang yang bermasalah. Malah menegaskan sesetangah pihak seakan mengambil kesempatan sahaja ketika berkawan namun langsung tidak boleh menerima kelebihan orang lain.

zizi kirana pernah dibuli zaman sekolah

“Kadang ada yang mengaku kawan baik selamanya (BFF) walhal tak boleh terima kalau BFF kau ada kelebihan sedikit. Kesian! Eh! Jangan terasa kalau tak betul!”

Zizi bagaimanapun menasihatkan orang ramai yang pernah dibuli atau dijadikan bahan lawak individu tidak bertanggungjawab supaya bangkit dan pedulikan segala tohamahan itu.

Malah di akhir perkongsiannya itu, Zizi sempat menyindir individu terbabit supaya jangan terasa mudah terasa terhadap kenyataanya itu.