August 25th, 2020

Mengesahkan perkahwinan yang dibina selama lapan tahun bersama Isma Salwana Ismail sudah pun berakhir, pemuzik dan komposer Zimi Sofazr akhirnya tampil buka mulut berhubung dakwaan rumah tangganya berantakan tempoh hari.

Zimi Sofazr Ceraikan Isteri Menerusi WhatsApp

Menurut Zimi, beliau menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp pada Ahad lalu. Malah, kini sedang menunggu proses mahkamah.

“Saya mengaku memang buat masa sekarang ada masalah rumah tangga. Saya sekarang dalam proses penceraian. Saya lafazkan talak ke atas bekas isteri semalam (Ahad) dan sekarang kami masih menunggu proses mahkamah.”

Bagaimanapun, disoal berkenaan punca penceraian, Zimi dilihat enggan mendedahkan secara terperinci. Malah menganggap bahawa dirinya dan bekas isteri itu sudah tiada lagi persefahaman dan jodoh mereka setakat itu sahaja.

Zimi Sofazr Ceraikan Isteri Menerusi WhatsApp

“Kami berdua dah tak sehaluan. Kami dah cuba untuk pertahankan perkahwinan ini, tapi tak boleh…jodoh dan tak ada. Mungkin sampai di sini saja la rumah tangga ini.

Ujar Zimi, hak penjagaan wajar diberikan kepada bekas isteri kerana anak-anaknya masih memerlukan seorang ibu.

Zimi Sofazr Ceraikan Isteri Menerusi WhatsApp

“Anak-anak kecil lagi, mereka masih memerlukan seorang ibu. Jadi, biarlah dia dapatkan hak penjagaan anak sebab dia lebih berhak.”

Dalam pada itu, Zimi menafikan dakwaan mengatakan beliau mengabaikan anak-anak kerana Zimi khabarnya sentiasa menjaga kebajikan dan tidak pernah pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sumber: mStar