May 24th, 2020

Penyanyi dan juga penulis lirik Ziana Zain kini ditimpa kontroversi apabila beliau dituduh menghasut anak-anak mereka supaya tidak bertemu dengan bapa mereka Armin Zaharin Ahmad Zambri.

ziana zain dan anak-anak

Kecewa dengan dakwaan itu, Ziana juga telah menafikan tuduhan ini sama sekali.

Saya terdengar cakap orang mendakwa saya tidak membenarkan anak-anak bertemu dengan bekas suami. Itu tidak benar sama sekali

Tambah Ziana lagi, beliau tidak pernah sesekali menghasut keempat-empat anak-anak mereka untuk bertemu bapa kandung mereka, tetapi mereka yang belum bersedia.

Perceraian berlaku hanyalah antara saya dan dia, anak tidak seharusnya menerima hukuman atas apa yang terjadi antara kami.

Ziana juga sering bertanya kepada anak-anak ingin bertemu dengan bapa kandung mereka, beliau akan izinkan. Konflik rumah tangga Ziana Zain dan Armin Zaharin mula bergolak pada bulan Mac 2018, kira-kira dua tahun lepas apabila Ziana membuat laporan polis atas dakwaan Armin mendera anak lelaki mereka.

Tambahan pula, walaupun sudah dua tahun bercerai, Ziana masih berasa sedih apabila mengenangkan nasib anak-anak yang perlu menersukan hidup tanpa kehadiran seorang ayah di sisi. Iyerlah, anak-anak mana tak sedih kan kalau bapa tiada di sisi.

ziana dan bekas suami

Bekas pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, Muhammad Amar, Muhammad Aiman dan pasangan kembar Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh. Semoga segala kemelut bekas pasangan ini akan selesai dalam masa yang terdekat.

Bulan Syawal ni, seelok-eloknya semua berbaik demi kebaikan anak-anak.

Sumber : BH Online

May 7th, 2020

Siapa tidak kenal dengan Rozita Che Wan, salah seorang selebriti tanah air yang popular dan menjadi perhatian ramai. Bahkan semua peminat pasti tidak terlepas untuk mengikuti segala ‘update’ terkini wanita itu menerusi laman media sosialnya.

rozita che wan

Walaupun mempunyai ramai peminat tetapi mesti ada juga beberapa orang yang menanam sifat dengki kepada wanita itu dan tidak rasa bersalah langsung untuk menghamburkan kata-kata cacian.

Terbaru, menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh Che Ta, seorang wanita telah menghantar direct message (DM) yang dipenuhi dengan kata-kata yang tidak enak didengar langsung.

che ta dicaci netizen

Pertuduhan wanita itu mengenai cara bacaan al-Quran wanita yang tunggang-langgang selain memakaikan puterinya, Aaisyah Dhia Rana dengan bikini nyata membuatkan pelakon itu geram.

“Semoga Allah bagi hidayah pada mereka yang hatinya busuk.”

Setelah diselidik, disyaki bahawa tuduhan yang mengatakan bahawa Che Ta mengumpat orang ketika bulan puasa turut dapat dijejaki di ruangan komen di salah sebuah entri pelakon tersebut.

che ta dicaci netizen

Nampaknya seperti ada yang salah faham dengan kapsyen yang ditulis oleh Che Ta walhal dia membahasakan ‘kami’ untuk dirinya seorang dan bukannya merangkumi Ziana Zain dan Fauziah Latiff.

che ta dicaci netizen

Disebabkan oleh itu, ramai pengikut pelakon wanita itu yang telah ‘membahasakan’ wanita tersebut yang main serbu sahaja komen negatif tanpa memahami betul-betul maksud di sebalik kapsyen tersebut.

che ta dicaci netizen

Semoga Che Ta sabar menghadapi dugaan seperti ini dalam bulan Ramadan yang mulia.

Sumber: Forum CARI

June 28th, 2018

Meskipun hatinya sudah lama terluka dan menanggung derita, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun memberitahu beliau akan terus sabar serta tabah untuk menyelesaikan kes perceraian beliau dengan suami, Armin Zaharin yang masih lagi berlanjutan.

Pagi tadi Ziana telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai. Ziana masih mengikut prosedur untuk hadir ke mahkamah walaupun beliau kurang sihat, tetapi Armin tidak hadir tanpa sebarang pemberitahuan.

Tiada apa yang diharapkan lagi oleh Ziana kecuali kerjasama yang baik daripada suaminya itu. Sudah tiba masanya untuk mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi dan meneruskan kehidupan masing-masing.

Kalau 20 tahun saya boleh bersabar, jadi sikit lagi saya kena sabar. Kalau kita ada tanggungjawab untuk satu sama lain, kita sepatutnya hadirlah (pada sidang mahkamah hari ini).

Terdahulu, Ziana memfailkan kes perceraiannya dengan Armin selepas lelaki itu enggan berpisah secara baik. Malah, Ziana juga sudah tidak tahan apabila mendakwa Armin sering mengasari anak-anak mereka. Pasangan ini bernikah pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata bersama.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : Roslin Mat Tahir & Muhammad Sulaiman

June 7th, 2018

Beberapa tahun memendam rasa duka akibat kemelut rumah tangga dan terbaru dihimpit pula pelbagai masalah antaranya kes anaknya didera oleh suami dan kes penceraian beliau yang tertangguh, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun enggan terus bersedih apatah lagi Hari Raya Aildifitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Ziana tetap ingin anak-anaknya ceria dan melayan setiap kerenah mereka sehingga menghabiskan masa sehingga 12 jam lamanya semata-mata ingin membeli barang kelengkapan untuk hari raya.

Saya mahu mereka gembira pada hari raya nanti. Alhamdulillah, semuanya sudah lengkap dan masing-masing puas dengan pilihan mereka. Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

Selepas itu, kami menyambung semula berbelanja kerana saya mahu mereka puas hati. Rasanya hampir 12 jam juga kami di luar, namun saya seronok. Apa yang penting ketika ini adalah kebahagiaan mereka.

Penyanyi itu dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Armin Zaharin iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Kami harap Ziana dan anak-anak akan terus dikurniakaan dengan kebahagiaan, bersabarlah dengan dugaan yang menimpa pastinya Allah SWT ada perancangan lain yang lebih baik.

Sumber Berita : BH ONLINE