Written by AbangNara | May 6th, 2017

Setelah 12 minggu bertarung di atas pentas Maharaja Lawak Mega 2017, akhirnya Bocey telah pun dinobatkan sebagai juara program lawak ini. Dengan kemenangan ini, Bocey yang dianggotai Fad, Achey dan Abam membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000.
juara maharalawak mega 2017

Sementara itu Shiro merangkul gelaran naib juara serta membawa pulang RM250,000. pelawak dari Indonesia Dzawin pula membawa pulang RM150,000 setelah berjaya menduduki tempat ketiga. Kumpulan Zero dan Putih pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.bocey

Sudah pasti setiap pertandingan pasti akan ada suara-suara yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan. Ia adalah adat serta lumrah pertandingan. Apa-apa pun, tahniah kepada Bocey dan kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2017 yang telah bertungkus lumus mencari idea untuk menghiburkan para penonton sepanjang program ini berlangsung. Jumpa lagi di tahun hadapan.