April 9th, 2012

Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya telah melahirkan rasa tidak puas hati di atas kejayaan Aaron Aziz merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2011 semalam. Luahan tersebut ternyata mampu menimbulkan kontroversi yang sangat hebat kerana Zed Zaidi mengaitkannya dengan kerosakan industri seni Malaysia.

zed zaidi bengang

Bagi Abang Nara, tak salah pun kalau Aaron Aziz menang. Memang dia dah popular. Lagipun sememangnya keputusan dibuat mengikut undian daripada pembaca Berita Harian sendiri. Dan sememangnya tahun 2011 kepopularitian Aaron Aziz tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak.

zed zaidi bengang

Daripada kata-kata Zed Zaidi di atas, kemenangan Aaron Aziz ada kaitan dengan cubaan untuk menjatuhkan industri seni. Dan maklumat mengenai perkara tersebut hanya diketahui oleh mereka yang terlibat di dalam persatuan. Untuk makluman, Zed Zaidi ialah Timbalan Presiden persatuan Seniman. Jadi apa kata anda mengenai kenyataan penuh kontroversi daripada Zed Zaidi ini?