Written by AbangNara | December 4th, 2016

Akhirnya, selepas 8 minggu bertarung di pentas Gegar Vaganza 3, Azharina telah dinobatkan sebagai juara program realiti ini. Satu keputusan yang amat tepat berdasarkan persembahan Azharina yang amat konsisten pada setiap minggu. Malah persembahan Azharina pada konsert akhir juga jelas menyerlah. Dengan kemenangan ini, Azharina membawa pulang RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

azharina

Selain merangkul tempat kedua, Siti Sarah juga telah memenangi Persembahan Pilihan Penonton yang turut membawa pulang wang tunai RM5,000. Zarul pula berjaya menempatkan diri di tempat ketiga. Di tempat keempat ialah Ameng Spring, tempat kelima Intan Sarafina manakala Gmie Screen berada di tempat keenam.

gv3

Tahniah diucapkan kepada Azharina dan juga para peserta GV3. Tidak lupa jugak diucapkan terima kasih kepada Nabil dan Jihan yang sentiasa menghiburkan jutaan rakyat Malaysia sepanjang 8 minggu ini. Semoga GV4 kelak akan lebih meriah dengan barisan penyanyi yang lebih awesome. Apa pun, adakah anda berpuas hati dengan keputusan ini? Kongsikan di ruangan komen.