Written by Bella | January 4th, 2019

Kontroversi yang dicetuskan oleh Zarina Anjoulie yang mendakwa Ifa Raziah pernah berskandal dengan bekas kekasihnya sehingga mengajak untuk bermalam di hotel menimbulkan pelbagai spekulasi.Ifa akui terkilan dengan tuduhan itu sehingga ia menjejaskan moodnya yang sedang bercuti dan menyambut tahun baru di luar negara.

Bagaimanapun, Zarina telah menghantar mesej peribadi kepada Ifa  memohon maaf atas keterlanjurannya itu dan mengakui beliau terlalu bodoh untuk mempercayai percakapan orang lain.

Ifa menerusi akaun Instagramnya menerima permohonan maaf itu dengan baik dan mahu ‘move on’ daripada isu tersebut.  Cuma, beliau berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.

Baguslah kalau sudah dapat diselesaikan dengan cara baik. Beringatlah, sebelum berkata-kata atau membuat tuduhan. Pastikan perkara itu benar, jika tidak anda sendiri yang akan malu.