August 20th, 2015

Baru-baru ini, Zain Saidin ada meluahkan hasrat beliau untuk menimang lagi cahaya mata bersama Rozita Che Wan dan akan memujuk isterinya itu untuk hamil lagi.  Nampaknya Zain kena cuba pujuk dengan lebih baik lagi kerana dalam kenyataan terbaru kepada Malaysian Digest, Che Ta memberitahu beliau tidak terfikir untuk hamil sekali lagi kerana faktor usia yang semakin meningkat.

Buat  Che Ta, beliau sudah merasa syukur apabila dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah Dhia Rana pada 1 November tahun lepas dan dua lagi anak lelaki hasil perkahwinan pertama beliau.

Kata Che Ta:-

Saya rasa cukuplah ada Aaisyah sahaja, tidak perlu untuk tambah anak lagi. Jujurnya, saya memang sudah tidak nampak yang saya akan dapat anak lagi selepas ini. Ada seorang ini pun sudah cukup bersyukur. Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan sekarang. Saya sudah punya dua anak lelaki dan seorang perempuan. Andai kata ditakdirkan rezeki untuk hamil sekali lagi, siapa saya untuk menolak.

Kalau Zain mahukan anak lagi selepas ini, saya tidak boleh cakap apa-apa. Hanya buat masa sekarang saya masih belum ada perancangan atau menyimpan hasrat untuk hamil lagi.

che taKalau ada rezeki dan diberikan kesihatan yang baik siapa tahu mungkin Che Ta boleh hamil lagi. Namun, kita tidak boleh paksa sesuatu perkara itu untuk berlaku jika ia boleh membahayakan diri Che Ta sendiri. Kami faham Zain Saidin merasa teruja bergelar bapa dan kalau boleh mahu anak lagi. Semoga Zain akan berjaya memujuk Che Ta. Aum!!!

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

July 24th, 2015

Sejak menerima kehadiran cahaya mata Aaisyah Dhia Rana tanggal 1 November 2014 lalu, kami boleh lihat kebahagiaan Zain Saidin dan Rozita Che Wan semakin bertambah disamping dua lagi anak Che Ta iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra hasil perkahwinan pertama aktres tersebut.

Mempunyai sebuah keluarga yang penuh dengan rasa kasih sayang diantara satu sama lain, Zain dalam satu temubual terbaru bersama BH PLUS telah meluahkan keinginan beliau untuk menambah anak meskipun Che Ta pernah memberitahu beliau tidak mahu mengandung lagi.

Buat masa ini, Zain sedang cuba sedaya upaya beliau untuk memujuk isterinya berbuat demikian.

Kalau boleh memang saya nak tambah lagi anak. InsyaAllah ada rezeki. Memang Che Ta kata sebelum ini tak mahu mengandung lagi, tapi saya boleh pujuk Che Ta. Ini Soal rezeki dan anugerah Tuhan. Takkan nak tolak tuah dan rezeki kalau boleh lahirkan anak yang cantik.

Kalau rezeki sudah tertulis dan sudah dapat “green light” daripada Rozita Che Wan, pasti hasrat Zain Saidin untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata akan tercapai. Semuanya bergantung pada ketentuan takdir dan kondisi Che Ta sendiri jika beliau masih boleh untuk berbadan dua tanpa menanggung sebarang risiko.

Sumber Berita: BH PLUS