February 5th, 2016

Enggan bercerai dengan Zahnita Wilson, suaminya Abdul Zackery Ghouse telah memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Zahnita.

Alasan beliau berbuat demikian adalah kerana Zahnita tidak mendapat keizinan beliau untuk keluar daripada rumah mereka pada 13 Disember 2015 serta tidak mahu mendengar kata Zackery.

Walaubagaimanapun,  Suriany Awaludin peguam yang mewakili Zahnita berkata anak guamnya itu telah menolak tuntutan nusyuz yang dibuat oleh suaminya itu.

Anak guam saya tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.

Abdul Zackery, memfailkan tuntutan kembali taat (nusyuz) pada 14 Januari lalu mengikut Seksyen 60(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Sementara itu, di mahkamah sama, Zahnita dan suaminya masing- masing mengemukakan wakil jawatankuasa pendamai (JKP) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap rumah tangga mereka.

Zahnita diwakili abangnya, Mohd Julian Hussein Wilson manakala Zackery diwakili adiknya, Shreen. Hakim Syrie, Muhamad Hisyam Zakaria menetapkan 28 April ini untuk laporan jawatankuasa pendamai dan nusyuz. Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 April depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu,  Zahnita telah memfailkan penceraian  kerana  mereka tidak lagi mempunyai persefahaman antara satu sama lain dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak 13 November 2015.

Zahnita memfailkan permohonan perceraian itu pada 31 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sumber Berita: Sinar Harian

January 15th, 2016

Masih lagi mempunyai perasaan sayang dan ingin menyelamatkan rumah tangga yang dibina, Abd. Backery Ghouse iaitu suami kepada Zahnita Wilson enggan melafazkan cerai kepada Zahnita dalam prosiding  kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam.

Backery yang memaklumkan perkara berkenaan dihadapan Hakim Syarie, Muhammad Hisyam Zakaria turut memaklumkan beliau sudah mendapatkan khidmat kaunseling perkahwinan daripada pihak jabatan agama Islam yang terdekat dan pihak swasta demi mengekalkan rumah tangganya.

Malah, tindakan Zahnita yang memohon cerai secara tiba-tiba juga adalah salah satu alasan mengapa beliau tidak mahu berpisah.

Sementara itu, Abd. Backery memberitahu pemberita, sebelum ini hubungannya dengan Zahnita baik. Namun, Zahnita membuat keputusan untuk keluar daripada rumah mereka pada 13 Disember lalu.

Terdahulu,  Zahnita telah memfailkan penceraian  kerana  mereka tidak lagi mempunyai persefahaman antara satu sama lain dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak 13 November 2015.

Zahnita memfailkan permohonan perceraian itu pada 31 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Zahnita diwakili peguam syarie, Suriany Awaludin manakala Backery diwakili peguam syarie, Yusfa Haris Yussoff.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Februari ini untuk sebutan semula kes berkenaan bagi lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) .

Sumber Berita: Utusan Online

January 7th, 2016

Pelakon Zahnita Wilson yang menghadapi konflik rumah tangga bersama suaminya Zackery Ghouse Abd Gafoor sejak 2011 dan kini sedang dalam proses bercerai terkejut apabila lelaki tersebut membawa anak mereka bercuti di Thailand sedangkan passport mereka berada di tangan Zahnita.

Menerusi kenyataan Zahnita di Harian Metro, kedua-dua anak perempuan mengikuti Zackery ke Thailand pada 2 Disember tahun lepas dan pulang seminggu selepas tarikh berkenaan.

Namun yang menjadi persoalan, bagaimana suami boleh diberikan pasport baru untuk anak sedangkan pasport lama mereka masih sah tempoh sehingga Mei 2019 dan berada dalam simpanan saya?.

Meskipun anak-anak Zahnita dibawa oleh bapa mereka, hati ibu mana yang tidak risau apatah lagi sedang dalam proses berpisah. Apa sahaja boleh berlaku dan yang paling perit jika ada kemungkinan untuk memisahkan Zahnita bersama anak-anak beliau.

Harapnya Zahnita dan Zackery dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka dengan baik. Kasihan anak-anak yang menjadi mangsa.

Sumber Berita: Harian Metro

June 17th, 2015

Pelakon serta model, Zahnita Wilson menyatakan kehidupan beliau kini bahagia disamping suami dan anak-anak meskipun berhadapan dengan konflik rumah tangga  sejak tahun 2011 dan pernah bertekad untuk hidup sendiri.

Sebelum ini, Zahnita juga pernah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse.  Walaubagaimanapun kasih sayang dan perasaan cinta masih lagi kuat didalam hati mereka berdua dan kini hubungan mereka sudah kembali pulih.  Malah, Zahnita juga mengakui suaminya itu enggan melepaskan beliau.

Hidup ini biasalah, pasti ada pasang surutnya. Saya juga tak sempurna. Pernah nekad seperti mahu hidup sendirian dan boleh berdikari, tetapi suami saya tidak mahu lepaskan saya. Perasaan sayang itu masih ada antara kami dan lebih penting kami berdua ada zuriat yang masih memerlukan kasih sayang serta cinta.

Malah ketika berlaku kehambaran dalam rumah tangga kami, saya sendiri keliru dengan apa yang patut dibuat dan sebaliknya. Saya sendiri tak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan saya tak boleh sewenang-wenangnya menghalang cinta bapa kepada anak itu daripada terus disekat.

Kami memang bergelut beberapa tahun lalu tapi Alhamdulillah semuanya kian pulih. Kami masih bersama. Benar tak semudah itu untuk melepaskan kenangan bersama dan membina kehidupan baharu. Apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Buat Zahnita apa yang terjadi diantara mereka dahulu merupakan satu ujian dimana ia menguji kesetian dan rasa cinta mereka berdua bersama insan tersayang. Ianya bukan satu perkara yang mudah untuk melepaskan kenangan lalu dan memulakan langkah untuk membina kehidupan yang baru. Kini Zahnita sibuk memikul tanggungjawab beliau sebagai seorang isteri dan menguruskan anak-anak beliau.

Jika kita boleh mengelakkan perceraian ia adalah satu perkara yang amat baik. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya tersendiri dan tak semestinya berpisah adalah jalan penyelesaian kepada setiap masalah.

Sumber Berita: Malaysian Digest