September 15th, 2020

Pelakon Zahirah Macwilson memang sentiasa menjadi perhatian netizen dek kecantikan wajah selain kehidupan sehariannya yang menjadi ikutan ramai.

Meskipun baru sahaja berkahwin, pelakon itu dan suaminya, Aiman Hakim Redza baru-baru ini mendedahkan perkhabaran gembira bahawa Zahirah sebenarnya sudah pun hamil 6 bulan.

Walaupun sedang sarat mengandung, namun itu tidak menghalang pelakon cantik itu daripada tampil bergaya dalam penampilan sehariannya.

Tak segan berkongsi tips gaya bersama para pengikutnya, wanita berusia 25 tahun itu baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila sedutan video yang dikongsinya melihatkan tubuh badannya yang kekal langsing walaupun sedang hamil.

Bahkan ramai yang berterima kasih kerana Zahirah masih lagi memuat naik klip video ‘Dress To Express’ sejak daripada dahulu lagi sehingga sekarang.

zahirah macwilson cantik zahirah macwilson cantik

Tak hairanlah Zahirah Macwilson sentiasa menjadi inspirasi wanita di luar sana kan?