July 6th, 2015
yun nam

pepagi raya kena tampil cantik bergaya

Tahukah anda 5 perkara berkaitan rambut yang membuatkan mood Aidilfitiri anda terganggu?

1. Kebotakan
2. Rambut Gugur
3. Kelelemur kelihatan
4. Rambut Kelihatan Berminyak
5. Rambut Berbau
botakIshh..ishh…Memang memalukan kan kalau situasi di atas terjadi kan? Rasa macam nak menyorok dibalik langsir jerkan. Abg Nara memang tak boleh tolonglah pada masa tu, tapi apa kata kalau kita buat persediaan awal untuk elakkan perkara diatas terjadi.


Abg Nara memang teruja selepas melihat video di atas. Yelah, menakjubkan bagaimana Yulisa bangkit kembali selepas mengalami kemurungan dan tekanan perasaan yang melampau akibat masalah keguguran rambut. Sungguh Abg Nara kagum dengan semangat Yulisa.
botakSempena kedatangan Aidilfitri ini, pastikan bukan hanya persediaan baju raya dititikberatkan tau, penjagaan rambut pun perlu tau. Lebih-lebih lagi untuk kaum Hawa, rambut kan mahkota wanita. Yang berhijab pun kena sentiasa pastikan rambut dijaga supaya sihat dan kekal menawan. Masih belum terlewat untuk anda tampil berseri di pagi raya nanti.

Yun Nam memang terkenal dengan kepakarannya untuk menyelesaikan masalah rambut seperti mengurangkan kadar keguguran rambut, merangsang segera pertumbuhan rambut baru, rambut berminyak, kebotakan yang serius dan macam-macam lagi. Baru-baru ini Yun Nam telah menerima Anugerah Jenama Paling Dipercayai kategori rawatan rambut oleh rakyat Malaysia mengikut kaji selidik Reader’s Digest pada tahun 2015.
botak Sebagai inisiatif Yun Nam kepada para pembaca di luar sana, Yun Nam kembali dengan tawaran TERHEBAT TAHUN ini. Dengan hanya RM36, pembeli akan mendapat produk Syampu Ginseng Yun Nam yang berkesan untuk mengurangkan kadar keguguran rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut baru. Tambahan pula, pembeli juga akan mendapat satu sesi rawatan khas secara PERCUMA. Ditambah pula hasil sesi rawatan pertama adalah dijamin. Jangan ternganga mulut pulak….Betul nie !!!
botak Khas buat 200 pembaca lelaki & wanita BeautifulNara yang pertama, sempena Aidilfitri ini Yun Nam kini memberikan promosi yang sangat AWESOME. Selain daripada mendapat 1 botol syampu ginseng dengan harga runtuh (RM36), tambah dengan satu sesi rawatan pertumbuhan rambut yang PERCUMA, anda juga akan diberi 3 produk rambut herba Yun Nam sebagai BONUS! Tak percaya ker ? Kena belilah baru percaya.. Raikan raya anda pada tahun ini dengan rambut yang lebat dan sihat!

* Tiada perkhidmatan penghantaran dan tawaran ini hanya SAH di SEMENANJUNG MALAYSIA sahaja.

April 6th, 2015

Dalam diam tahun 2015 sudah pun tiba ke bulan April. Cepat sungguh masa berlalu. Bagaimana dengan tahun 2015 anda? Makin hensem? Makin cantik? Makin sado? Abang Nara tengok sejak 2,3 tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia makin mementingkan penampilan diri. Itu satu perkembangan yang amat bagus. Yang lelaki pun makin kacak macam Zul Ariffin.

zul ariffin

fuh memang hensem brother nie

Salah satu faktor yang menentukan kekacakan seorang lelaki sudah tentu ialah rambut. Kalau muka dah mulus, tak ada jerawat, hidung mancung tapi tiba-tiba rambut botak di tengah, memang terus hilang kehenseman sebanyak 70%. Awek lalu tak pandang pun muka kita. Badan sado pun tak guna. Makin lebat rambut, makin banyak gaya yang boleh distailkan. Boleh buat potong tengah, sikat tepi, letak gel buat rambut pacak dan macam-macam lagi. Namun itu semua memerlukan kita mempunyai rambut yang secukupnya terlebih dahulu.

yun nam

muka dah ensem kepala plak botak

yu nam

Jaga-jaga wanita diluar sana

Untuk yang perempuan pula, memang lagi pentinglah. Rambut kan mahkota wanita. Yang berhijab pun kena sentiasa pastikan rambut dijaga supaya sihat dan kekal menawan.

Korang jangan risau. Masih sempat lagi untuk dapatkan rambut idaman di tahun 2015. Bersempena dengan ulangtahun mereka, Yun Nam memberikan promosi yang sangat HEBAT dan ISTIMEWA khas untuk pembaca BeautifulNara sahaja.

yun nam

Yun Nam memang terkenal dengan kepakarannya untuk menyelesaikan masalah rambut seperti jegukabgab rambut, rambut berminyak, kebotakan yang serius dan macam-macam lagi. Ramai lelaki dan wanita Malaysia yang telah mendapatkan rambut yang lebih bersinar dan lebat bersama Yun Nam. Kali ini untuk pembaca BeautifulNara, mereka yang mendaftar di laman web Yun Nam ini akan mendapat:-

1. 1 Rawatan Rambut Intensif 2 Jam + 1 Set Produk Rambut secara PERCUMA!!!!! (bernilai RM468)
2. 50 pembaca terawal yang mendaftar akan mendapat 1 Tonik Rambut Ginseng

Abang Nara sendiri dah pernah cuba rawatan rambut di Yun Nam ini. First time pergi pun dah nampak perubahannya. Kalau pergi lagi 2,3 kali, mesti lagi kebabom lebat rambut Abang Nara. Meh Abang Nara kongsikan contoh keberkesanan rawatan di Yun Nam ini.

yun nam

kiri sebelum kanan selepas. nampak tak beza lebatnya tue.

yun nam

kiri minyak banyak gila, kanan tahap minyak di rambut dah berkurangan

Power kan? Korang boleh baca lagi tentang Yun Nam di sini dan di sini. Abang Nara dah pernah kongsikan kehebatan mereka sebelum ini. Ramai juga pembaca BeautifulNara yang dah dapatkan rawatan dan berpuas hati. Korang bila lagi? Silalah daftar sekarang di laman web Yun Nam untuk mendapatkan promosi AWESOME ini.

January 19th, 2015

Yeah“““““ Tahun baru tiba lagi!!! Apa azam anda untuk tahun 2015 ini? Abang Nara percaya mesti ramai yang nak tampak lebih kacak dan jelita kan? Mesti ada yang sebulan sekali pergi facial, bersenam kat gimnasium, ikut kelas yoga dan sebagainya. Pastinya confidence diri kita akan lebih tinggi apabila muka tiada jerawat, kemas dan badan langsing macam model. Abang Nara tahun ini berazam nak dapatkan badan macam Cristiano Ronaldo. Mantap beb!!!

yunnam

meleleh air liur bini Abang Nara kalau dapat body camnie

 

Namun cuba korang bayangkan badan dah berketul-ketul, pinggang dah ramping, badan dah kurus TETAPI rambut tak bermaya, berkelemumur, nipis dan lagi sedih botak di tengah-tengah. Hilang segala kehenseman/kecantikan. Orang tengok pun gelak je kat kita. Kalau anda pakai tudung, jangan ingat rambut yang sihat tak penting sebab orang tak nampak. Lagilah penting lebih-lebih lagi kalau yang dah berkahwin. Apabila si suami nak belai rambut anda dan ia gugur seperti daun kering di musim luruh, berbau busuk ataupun berminyak. Memang hilang mood beb!!!
yunnam

Masalah rambut ini menyerang tak kira jantina dan juga usia. Lelaki, perempuan, muda atau tua semua boleh kena. Kalau korang ada salah satu tanda-tanda di bawah, kemungkinan besar rambut anda mempunyai masalah:-

1. Sapu lantai rumah bukan debu je yang ada tapi rambut-rambut gugur turut sama disapu
2. Bila mandi, air bertakung sebab rambut dah berkumpul
3. Dahi semakin jelas kelihatan sebab belahan rambut dah semakin luas
4. Dah cuci rambut time pagi tapi tetap berminyak jugak
5. Gatal-gatal, selalu garu dan kelemumur jadi hiasan di bahu anda

Kalau korang mengangguk kepala ketika membaca tanda-tanda di atas, itu bermakna masalah rambut memang menghantui hidup anda. Rileks jangan risau. Mungkin korang pernah cuba syampu anti gugur, gel lebat rambut Wak Doyok, pil rambutku bak Rapunzel dan sebagainya. Beria-ria korang ikut segala arahan yang diberikan namun sayangnya rambut anda tetap sama seperti sebelumnya. Lagi sedih bila rambut kesayangan anda makin gugur.
Kalau nak guna syampu, mestilah kita nak yang berkesan kan? Yang bila guna seminggu dua dah nampak perubahannya. Tak gitu?

yunnam

Jadi setelah membuat sedikit kajian yang mendalam, Abang Nara mendapati Syampu Ginseng daripada Yun Nam Hair Care ini adalah antara produk yang terbaik di luar sana. Ini bukan sembang kosong. 3 sebab utama kenapa Abang Nara berani cakap begini ialah:-

  1. Syampu Ginseng Yun Nam Hair Care ini boleh menjaga kebersihan kulit kepala & rambut dari dalaman selama 24 jam. Bukan 2 jam tapi 24 jam! Handal kan? 
  1. Ia mengandungi 100% herba asli termasuk Ginseng liar yang mampu mengurangkan kadar keguguran rambut di samping menggalakkan pertumbuhan rambut baru!
  1. Halal dan selamat digunakan! Terdapat 5 jenis Syampu untuk masalah rambut yang berlainan. Anti-Kelemumur, Anti-Berminyak, Rambut “Normal”, Anti-Gugur, Syampu berasas “Charcoal” untuk rambut yang berbau. Sesuai untuk semua!

 Cara penggunaannya pun amat mudah. Tak complicated langsung. Pagi sebelum pergi kerja basuh rambut anda sekali dengan syampu ini. Senang yang amat. Pakai tiap-tiap hari. Power kan?

‘Jap-jap Abang Nara, syampu Yun Nam Hair Care ini mahal sangatlah. Sampai RM130 tu. Menangis saya nak bayar’. Abang Nara faham concern anda. Abang Nara pun akan fikir 18 juta kali untuk laburkan duit sebanyak ini. Tapi kalau Abang Nara  beritahu yang korang boleh dapatkan Syampu Yun Nam Hair Care yang mengandungi 100% herba asli (semuanya berfungsi untuk beri impak maksima bagi pertumbuhan rambut) pada harga RM50 SAHAJA, mesti korang suka kan?
yunnam

Lagi best sebab dengan RM50 ini korang bukan hanya dapat syampu BESAR Yun Nam Hair Care je, malah dapat lagi beberapa benda secara percuma. Meh sini Abang Nara recapkan apa yang bakal korang perolehi hanya dengan RM50.

1 botol Syampu Ginseng BESAR Yun Nam (paling laris!)
3 botol Produk Penjagaan Yun Nam (Syampu kecil, perapi rambut, losyen nutrisi rambut)
1 Rawatan Keguguran Rambut Intensif Yun Nam Hair Care

yunnam

Yeahhhh. Hanya RM50 sahaja. Promosi untuk bulan Januari ini khas untuk abang-abang, adik-adik hensem serta kakak-kakak jelita yang berusia 18 tahun ke atas dan tak pernah mencuba Yun Nam Hair Care. Korang akan dapat satu botol Syampu Yun Nam 500ml bernilai RM130, 1 set Pertumbuhan Rambut bernilai RM68 dan juga satu sesi rawatan rambut bernilai RM400 daripada pakar Yun Nam. Syok kan? Untuk menebus promosi HEBAT ini, silalah klik di sini dan isikan maklumat peribadi anda. Nanti pihak Yun Nam akan hubungi anda secepat mungkin.
yunnamCantik kan pusat rawatan rambut Yun Nam Hair Care? Memang selesa sangat-sangat. Abang Nara dah pernah pergi yang kat The Curve. Tak caya? Nie lagi gambar untuk tatapan anda.yunnamServis yang diberikan juga amat professional. Korang boleh berbincang dan pakar dari Yun Nam akan memberi nasihat tentang apa yang patut anda lakukan untuk mendapatkan rambut idaman. Memang ok sangat-sangat! So tunggu apa lagi? Jangan ketinggalan! Silalah bertindak segera!

Banyak yang dah berjaya mendapatkan rambut idaman mereka selepas menerima rawatan di Yun Nam. Antara testimonialnya:-

yunnam

yunnam
yunnam

yunnam

Seperti yang Abang Nara katakan awal tadi, masalah rambut ini menyerang tak kira usia dan jantina anda. Namun Yun Nam juga boleh selesaikan kesemua masalah ini juga tanpa mengira usia dan jantina anda. Tunggu apa lagi? Dapatkan khidmat mereka yang pakar sekarang juga.

October 21st, 2013

Selaku seorang lelaki macho, Abang Nara memang menitik beratkan penjagaan rambut. Sebelum keluar ke mana-mana, memang akan pakai gel. Dalam 10 minit jugaklah bergaya depan cermin hanya untuk memastikan rambut Abang Nara nampak “smart”. Bagi Abang Nara, gaya rambut yang sesuai melambangkan keyakinan seseorang.

Namun baru-baru ini, wife Abang Nara menegur satu perkara yang sangat Abang Nara takuti. Kata wife , bahagian tengah rambut sudah mula botak. Dah nampak kulit kepala. Seram Abang Nara dibuatnya. Takkan baru masuk umur 30 kepala dah nak botak di tengah macam Zidane? Ini tidak mungkin!!!

yun nam

Untuk memastikan kekacakan Abang Nara berkekalan, dengan segera Abang Nara terus pergi ke Yun Nam di The Curve. Masalah rambut botak tak boleh dibuat main. Kena cegah sebelum parah.  Kenapa Abang Nara pilih Yun Nam? Sebabnya Yun Nam adalah jenama terkenal di dalam industri penjagaan rambut sejak tahun 1984. Kalau tak berkesan takkanlah bertahan selama itu kan?

yun nam

Yun Nam Hair Care, Cawangan The Curve

Abang Nara disambut mesra oleh khidmat pelanggan Yun Nam sebaik sahaja tiba di situ. Pakar rambut bernama Leica yang menguruskan Abang Nara begitu mesra sekali. Abang Nara ditanya beberapa soalan mengenai cara hidup, gaya pemakanan dan kesihatan semasa.

yun nam

Konsultasi peribadi untuk mengenalpasti kaitan di antara gaya hidup & keguguran rambut

Apabila Leica mengeluarkan kamera digital untuk mengambil gambar bahagian atas dan belakang rambut Abang Nara, memang seram dan kecut juga dibuatnya. Inilah bahagian yang Abang Nara tak boleh nampak di dalam cermin. Abang Nara menjerit apabila Leica tunjukkan gambar yang diambil olehnya. Bahagian atas kepala Abang Nara sudah botak sampai nampak kulit kepala. Oh tidak!!!

yun nam

Bahagian atas kepala Abang Nara yang kelihatan semakin botak!

Abang Nara dah cukup sedih apabila melihat kebotakan yang sedang melanda kepala Abang Nara. Namun Leica masih belum puas lagi. Haha! Diambilnya sebuah alat pengimbas berteknologi tinggi yang boleh memfokus sehingga 200 kali ganda sehingga nampak akar-akar rambut Abang Nara. Dan jeritan Abang Nara kedengaran kali kedua apabila melihat rembesan-rembesan minyak yang melekat di folikel rambut Abang Nara. Inilah akibat memakan makanan bergoreng. Paling teruk, rembesan minyak ini tidak dapat dihilangkan dengan menggunakan syampu kerana ia telah terkumpul sebegitu lama sehingga menjadi tebal seperti di dalam gambar di bawah. Geli pun ada jugak!!! Kewujudan rembesan minyak ini juga menjadi punca terhalangnya pertumbuhan rambut-rambut baru. Sedih kan?

yun nam

Rembesan minyak yang menutupi liang rambut Abang Nara

Berdasarkan penerangan Leica sepatutnya di setiap liang rambut perlu ada sekurang-kurangnya 3 helai rambut yang tebal. Namun di bahagian tengah kepala Abang Nara, hanya ada 1 atau 2 helai rambut sahaja. Sedih betul! Folikel rambut Abang Nara yang penuh dengan rembesan minyak itu menghalang kemasukan oksigen dan penerimaan nutrien ke dalam akar rambut. Akibatnya rambut tidak dapat membesar tumbuh dengan sihat sekaligus menyebabkan kebotakan di bahagian tengah.

yun nam

Folikel-folikel yang hanya mempunyai sehelai rambut sahaja!

Sepanjang pemeriksaan memang banyak penerangan yang diberikan oleh Leica. Yang menariknya, setiap bahagian kepala (tepi, tengah, atas, depan, belakang) diimbas dan disimpan untuk dibuat perbandingan sebelum dan selepas rawatan Yun Nam. Leica turut menunjukkan gambar-gambar pelanggan yang telah berjaya memulihkan keguguran rambut menerusi rawatan Yun Nam. Memang jelas perubahan mereka. Abang Nara dah tak sabar nak buat rawatan rambut.

Selesai sesi konsultasi, Abang Nara terus dibawa ke tempat rawatan. Suasananya sangat menenangkan, bau herba yang wangi dan kebersihan berada di tahap optimum. Ketika membasuh rambut dengan syampu herba khas Yun Nam untuk melembut dan menghilangkan kotoran degil, rambut Abang Nara juga disembuh dengan Losyen Anti-Bakteria dan Losyen Pengimbangan pH Kulit Kepala.

yun nam

Rambut dibasuh dengan syampu herba & disembur dengan losyen herba khas

Selepas itu, sesi Rawatan Herbalogi Yun Nam pun bermula. Apa yang Abang Nara paling suka mengenai teknik rawatan Yun Nam ialah penggunaan herba-herba asli di dalamnya. Herba yang berbeza akan digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut yang berbeza.

Untuk masalah rambut Abang Nara, punca keguguran ialah akibat kulit kepala yang berminyak. Jadi herba “Chinese Liquorice” digunakan untuk mengatasi punca masalah ini. Menurut Leica, herba ini dengan berkesannya akan mengawal dan mengurangkan pengeluaran minyak di akar rambut Abang Nara. Bau herba tersebut sangat menyegar dan menyamankan.

yun nam

Rawatan Herbalogi “Chinese Liquorice”

Untuk memastikan herba itu diserap sepenuhnya ke dalam akar rambut, Leica mengurut kulit kepala Abang Nara dengan begitu power sekali. Urutan ini turut sama akan melancarkan peredaran darah kepada akar rambut, sekaligus memastikan nutrisi daripada herba dapat diserap dalam kuantiti yang sama. Memang rasa rileks, lega dan best sangat ketika diurut. Abang Nara hampir-hampir tertidur!!!

yun nam

Urutan kulit kepala yang syiok sekali!

Tamat sahaja rawatan, Abang Nara dibawa masuk kembali ke bilik konsultasi. Jeng jeng jeng. Inilah masanya untuk melihat perubahan rambut Abang Nara sebelum dan selepas rawatan. Teruja dan berdebar rasanya. Abang Nara yakin betul memang aka n ada perubahan positif.

yun namYeah ~~~~~~ Abang Nara seronok sangat-sangat melihat kesan rawatan Yun Nam ke atas kulit kepala Abang Nara. Paling penting nampak kesan-kesan minyak sudah tiada lagi. Jadi, oksigen dan nutrisi herba sudah boleh menyerap masuk ke dalam akar rambut. Warna kulit kepala pun sudah sekata, tak sensitif lagi! Paling penting kulit kepala pun rasa lebih segar berbanding sebelum ini. Yabedabedu!!!

Pengalaman pertama di Yun Nam yang menakjubkan telah meyakinkan Abang Nara untuk meyelamatkan diri daripada senasib dengan Zidane. Hehe… Jika anda turut mengalami masalah keguguran rambut, Abang Nara ada berita baik untul anda semua!

Khas buat 100 pembaca lelaki & wanita BeautifulNara yang pertama, Yun Nam kini memberikan promosi yang sangat AWESOME. Anda akan dapat Satu Konsultasi dan Imbasan Kulit Kepala untuk mengenalpasti punca masalah rambut anda. Selain itu, rawatan herba khas untuk memulihkan keguguran rambut anda akan dijalankan. Tambahan pula, satu set produk rambut herba Yun Nam akan diberi secara bonus! Semuanya bernilai RM468! Hebat kan?

yun nam

Klik gambar di atas untuk menebus tawaran hebat ini!

Anda juga boleh menebus tawaran hebat ini melalui cara-cara berikut:-

1. SMS YN <jarak> NARA, Nama & Alamat ke 33884
2. Telefon Hotline Yun Nam di 03-2610 3232

yun nam

Abang Nara posing maut dengan para konsultan Yun Nam Hair Care, The Curve!

Abang Nara dah mulakan langkah pertama untuk kekal macho bersama Yun Nam. Anda bila lagi?