Written by AbangNara | April 5th, 2013

Semalam, Datuk Siti Nurhaliza telah menjayakan satu usaha murni yang harus dipuji dan harus dicontohi oleh artis-artis lain. Beliau telah mengadakan konsert amal dan melelong tudung Fareeda miliknya untuk membantu Yayasan Aids Malaysia. Tahniah diucapkan atas usaha ini.

tahajud cinta

Salah satu tudung yang dilelong berjaya dijual dengan harga Rm2,800. Satu angka yang cukup tinggi bagi Abang Nara. Semoga usaha murni sebegini diteruskan lagi di masa hadapan.
tahajud cinta

Lagi 26 keping gambar sekitar Malam Tahajjud Cinta dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Ryaniez Moments Photography.

 
Written by AbangNara | March 10th, 2013

A.I.D.S merbahaya, Aedes pula mengancam manusia“. Walaupun sudah mencecah usia 30 tahun, lagu tersebut masih lagi melekat di benak kepala Abang Nara. Sebagai salah seorang duta Yayasan AIDS Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza akan mengadakan Malam Amal Tahajjud Cinta untuk membantu mereka yang malang ini.

siti aids

Persembahan Dato’ Siti nanti adalah muzik berunsurkan spiritual / ketuhanan yang diangkat dari album Tahajjud Cinta (2009), dengan muzik iringan oleh Mohram dan susunan muzik oleh Aubrey Suwito. Program Malam Amal Tahajjud Cinta, iaitu sebuah majlis makan malam yang bertujuan untuk meraih dana bagi membina sebuah rumah perlindungan (shelter homes) untuk wanita dan kanak-kanak yang hidup dengan HIV dan AIDS yang pertama di negeri Kelantan.

siti aids

Semoga usaha murni ini akan mendapat perhatian banyak pihak. Tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza atas inisiatif anda ini. Semoga Allah memberkati apa yang anda lakukan. Lagi beberapa keping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram CTDK.

P.S: La Ferrari, generasi baru Ferrari Enzo