February 23rd, 2016

Sejak Yatt Hamzah mengumumkan beliau bakal bernikah pada 27 Februari ini, pelbagai kritikan yang di lemparkan kepada beliau. Ada yang mendakwa mungkin ini adalah sebab utama Yatt bercerai dan perkara itu tidak dinafikan oleh bekas suaminya Abdul Mutalib Shukor.

Walaubagaimanapun, Yatt membidas kembali kenyataan Abdul Mutalib dan menafikan sekerasnya bahawa bakal suaminya itu adalah punca mereka bercerai.

Jelas Yatt, beliau dan bakal suami Mohammad Zulfadli mula berkenalan ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria pada tahun lepas. Namun, hubungan mereka lebih serius dan rapat selepas Yatt bercerai.

Dia bukan orang ketiga yang dikatakan menjadi punca saya dan bekas suami berpisah. Tak baik menuduh tanpa usul periksa kerana dia tiada kena mengena dengan permasalahan rumah tangga saya sebelum ini.

Ketika itu saya masih isteri orang dan kami hanya kawan dalam satu misi. Selepas berpisah dengan bekas suami barulah kami rapat, jadi tak adil sekiranya dia dilabel orang ketiga.

Ditanya mengenai perbezaan usia antaranya dan Zulfadli, Yatt berkata itu tidak menjadi masalah kerana bakal suaminya itu matang dan berfikiran jauh.

Bagi saya usia hanyalah angka. Walaupun muda 10 tahun daripada saya, dia sangat matang. Lihat cara dia dibesarkan, saya yakin dia mampu menjaga saya dan anak dengan baik.

Mungkin ramai yang tidak dapat menerima hakikat bahawa jodoh Yatt tiba awal selepas beberapa bulan bercerai, tetapi semua itu adalah ketentuan takdir. Doakan sahaja perkahwinan Yatt kali ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita: Harian Metro

February 17th, 2016

Semalam, kami ada menyiarkan satu artikel dimana ada khabar angin mengatakan Yatt Hamzah bakal bernikah pada penghujung bulan Februari ini. Namun, ramai yang tidak percaya dan anggap kami sekadar ingin timbulkan gosip.

Walaubagaimanapun, hari ini Yatt Hamzah mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan seorang jejaka bernama Mohammad Zulfadli Khiruddin pada 27 Februari.

Difahamkan, majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 8 pagi.

Yatt juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Zulfadli adalah orang ketiga yang wujud dalam perkahwinan beliau sebelum ini sehingga bercerai.

Saya mengenali dia ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria dan saya masih bergelar isteri orang.

Dia bukan orang ketiga seperti yang diperkatakan kerana kami hanya berkawan rapat selepas saya dan bekas suami berpisah.

Majlis resepsi Yatt dan Zulfadli diadakan pada hari sama di Azasna Villa, Seksyen U12, Cahaya Alam, Shah Alam .

Pada Disember tahun lalu dia melamar saya dan ia bukan satu keputusan yang mudah bagi saya. Apabila mendapat jawapan selepas melakukan solat Istikharah barulah saya terima lamaran itu.

Yatt Hamzah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor sebelum membuat keputusan untuk bercerai pada 25 Ogos 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Suci Hanania Malik.

Sumber Berita: Harian Metro