February 17th, 2016

Umum mengetahui Yatt Hamzah kini sudah bergelar janda anak satu selepas gagal menyelamatkan rumah tangga yang dibina bersama bekas suami  Abdul Mutalib Shukor yang mula bergolak sekitar bulan Februari 2015. Mereka sah bercerai pada 25 Ogos 2015.

Ada yang mengatakan rumah tangga mereka retak kerana wujudnya orang ketiga dan pelbagai lagi spekulasi yang dibuat oleh orang ramai.

Terbaru, menurut sumber yang diperolehi oleh portal Rotikaya, Yatt dikatakan bakal melangsungkan majlis perkahwinan dengan seorang jurugambar.

Perkahwinan mereka akan diadakan pada sebelah pagi 27 Februari ini di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

Bahkan, sumber itu mengatakan jurugambar tersebut yang 10 tahun lebih muda daripada Yatt adalah punca beliau dan Abdul Mutalib berpisah.

Namun, sejauh mana kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan lagi. Jika benar Yatt ingin berkahwin lagi, apa salahnya untuk war-warkan kepada umum agar tidak menimbulkan sebarang fitnah dan spekulasi. Sama-sama kita nantikan kenyataan oleh Yatt berhubung perkara ini.

Sumber Berita: Rotikaya

August 26th, 2015

Berita penceraian Yatt Hamzah dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor sememangnya mengejutkan orang ramai. Sebelum ini mereka memang pernah berniat untuk menamatkan rumahtangga yang dibina, namun hasrat tersebut terbatal selepas Yatt pulang dari Syria. Disangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Walaupun sudah mencuba, akhirnya perkahwinan yang disulami kehadiran seorang anak perempuan berusia 5 tahun akhirnya kecundang jua. Memang tiada jodoh antara mereka berdua.

yatt hamzah

Walaupun sudah bercerai, Abang Nara respek kepada Yatt dan suami kerana telah membuat perjanjian yang terbaik buat anak mereka. Sekurang-kurangnya nasib anak tetap terbela walaupun hubungan suami isteri sudah tiada. Itu paling penting. Masa depan anak perlu dijaga. Kata Yatt Hamzah:-

Ini yang terbaik untuk kami berdua buat masa ini. Alhamdulillah saya terima suratan ini dengan tenang. Ini yang Tuhan susun dan tulis di Loh Mahfuz. Saya meneruskan kehidupan macam biasa. Malah saat ini, saya sibuk dengan beberapa agenda kerja. Selebihnya mengenai hati saya, cukup saya katakan Allah sahaja yang maha mengetahui.

Kami masih berhubung dan berkawan baik. Cuma gelaran suami isteri itu sudah tiada. Doakan saya dan bekas suami kuat menerima ketentuan ini. Insya-Allah. Soal anak pun tak menjadi masalah kerana kami sudah berbincang. Kami sudah melakukan perjanjian terbaik untuk anak kami. Harapnya ia tak akan menimbulkan masalah. Soal giliran menjaga itu sama sahaja seperti ibu bapa yang melalui perceraian. Tak ada isu rebut anak pun.

yatt hamzah cerai

Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya orang ramai tahu tentang penceraian ini sekaligus mengelakkan sebarang fitnah atau desas-desus. Buat Yatt dan suami, bersabarlah. Semoga ada sinar di sebalik apa yang berlaku. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

August 26th, 2015

Terkejut kami mendengar khabar bahawa hubungan Yatt Hamzah dan suami akhirnya berakhir apabila beliau telah sah bercerai dengan talak satu semalam ( 25 Ogos) di Mahkamah Tinggi Syariah KL secara tertutup pada jam 4.23 petang.

Berita tersebut di sahkan  sendiri oleh bekas suaminya, Abdul Mutalib Shukor menerusi satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada portal BH Online. Mereka telah berpisah secara baik dan mahu memaklumkan perkara tersebut agar tidak timbul sebarang fitnah pada masa hadapan.

Kami berpisah secara baik. Makluman ini dibuat bertujuan mengelak sebarang fitnah dan pandangan negatif masyarakat. Apa pun mohon teman media mendoakan yg terbaik buat kami berdua meneruskan kehidupan seperti biasa. Sekian, terima kasih.

Rumah tangga mula bergoyah pada bulan Februari lepas dan Yatt sendiri telah memfailkan cerai terhadap Abdul Mutalib. Walaubagaimanapun, selepas berkunjung ke bumi Syria bersama suaminya itu, terdetik satu perasaan penyesalan di hati Yatt  atas keputusan yang dibuat.

Selepas pulang dari Syria, mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali berbincang mengenai masalah rumah tangga mereka dan akhirnya membatalkan niat untuk bercerai dan sama-sama menunaikan ibadah  umrah di Mekah pada  bulan Ramadhan lepas.

Pasangan tersebut berkahwin pada 29 Mac 2009, hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib berusia lima tahun.

Meskipun mereka dilihat sudah mula bahagia kembali nyata jodoh Yatt Hamzah dan Abdul Mutalib tidak panjang. Mereka  juga sudah cuba sehabis baik untuk menyelamatkan masjid yang dibina. Semoga Yatt bertabah dengan dugaan ini.

Sumber Berita: Berita Harian