Written by Bella | June 27th, 2019

Seorang bekas pelawak kumpulan terkenal, Senario  bersama dua rakannya telah ditahan polis dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras pada Selasa lalu.

Ketika pemeriksaan badan dilakukan ke atas suspek wanita, pihak polis menemukan satu paket plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.55 gram.

Kesemua suspek diberkas  selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan yang berlaku di hotel berkenaan pada jam 5.45 petang.

Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.

Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang.

Pelawak itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam, manakala dua lagi rakannya direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sumber Berita : Kosmo Online & Malaysiakini

Written by AbangNara | January 20th, 2015

Bijak juga tuan rumah yang Yassin SYJ menyewa ini. Tidak mendapat tunggakan sewa lebih daripada RM30,000 daripada Yassin, tuan rumah tersebut bertindak melelong barangan milik pelawak tersebut. Tindakan ini diambil selepas lebih kurang 5 bulan bersabar dengan Yassin yang enggan melunaskan sewa bulanan. Untuk makluman, rumah tersebut terletak di Damansara. Setahu Abang Nara Damansara memang tempat yang agak mahal sewanya.
swa

Walaupun nampak agak kejam tindakan yang dilakukan oleh tuan rumah ini, namun amaran sudah pun diberitahu kepada Yassin terlebih dahulu. Malah akibat kegagalan Yassin itu, tuan rumah terpaksa menjual rumahnya sebelum pihak bank menyita kediaman jenis kondominium itu. Sekurang-kurangnya bila jual barang Yassin, dapatlah pulang modal sikit. Tak gitu?

yassin

antara barang milik Yassin

Apa pun, hutang perlulah dibayar. Tak kiralah hutang sewa rumah ke, hutang pinjam kawan ke atau yang sewaktu dengannya. Kesianlah kat orang yang kita berhutang itu. Dia pun nak guna duit juga. Semoga ada jalan penyelesaian antara Yassin dan tuan rumah sewanya. Sumber Utusan Malaysia.

Written by AbangNara | May 16th, 2011

yassin senario dah kahwin

Gambar di atas nampak bukan macam dalam babak drama. Dari sumber yang dibaca, katanya Yassin Senario sudah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Farrah. Apa pun, kalau benar berita gembira ini, Abang Nara ucapkan jutaan tahniah. Semoga Yassin tabah menempuh cabaran hidup berumah tangga.

Di bawah ialah gambar wanita yang dikatakan isteri Yassin, Farrah.

yassin senario dah kahwin

Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat untuk pasangan pengantin ini.