Written by Bella | April 30th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang tidak lama lagi bakal bergelar ibu dan bapa. Fadzil menerusi akaun Instagramnya semalam mengumumkan Yana sebenarnya sudah hamil tujuh bulan.Difahamkan keadaan Yana dan bayi didalam kandungan beliau berada dalam keadaan yang sihat.

Assalamualaikum wbt… Sebelum abang tidoq malam ni abg nak share pada semua kawan2 kat sini yg selalu mendoakan kami… Alhamdulillah wife abg @yanasamsudin dah pregnant 7 bulan, syukur perkembangan setakat ini wife & baby sihat, harapnya Allah Taala permudahkan perjalanan kami ini hingga saat melahirkan nanti… Abang doakan hangpa semua juga sihat walafiat dan sentiasa dilimpahkan rezeki… Amin…

Alhamdullilah, pandai betul mereka simpan rahsia ye? Sebelum ini tiada siapa dapat menghidu berita Yana sudah mengandung. Apa-apa pun, semoga segala proses bersalin nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita  : Instagram Fadzil Zahari

 

Written by Bella | February 29th, 2016

Seperti pasangan lain yang sudah berkahwin, Yana Samsudin sering ditanya mengenai soal cahaya mata.

Terbaru, ada khabar angin yang mengatakan Yana kini sudah berbadan dua selepas melihat bahagian perut beliau yang sudah mula berubah.

Tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkara berkenaan, Yana menerusi portal Kosmo Online berkata beliau tunggu masa yang sesuai untuk memberitahu berita gembira tersebut.

Agak-agak berapa bulan? Sebab ramai yang bertanya kata nampak perut saya ketika majlis resepsi Saheizy Sam dan Syatilla.

Jika ada pun dan ia masih lagi baharu saya tidak selesa untuk kongsikannya sementelah latar belakang keluarga Fadzil ramai yang doktor. Kata mereka, jika kandungan baru beberapa minggu tidak elok dikongsikan sebab ia masih belum kuat.

Ada benarnya kata Yana Samsudin, kalau orang tua-tua dulu pun ada berpesan jika kandungan masih lagi baharu lebih baik tidak begitu teruja ataupun hebohkannya dahulu. Apa-apa pun, harap kandungan Yana sentiasa sihat dan kalau boleh jangan lakukan kerja berat serta rehat secukupnya.

Sumber Berita : Kosmo Online

Written by Bella | October 16th, 2015

Selepas tujuh bulan mendirikan rumah tangga, Yana Samsudin akui beliau kini cukup bahagia bersama suami tercinta, Fadzil Zahari. Walaupun segalanya lancar buat mereka, Yana masih ingin memperbaiki dirinya untuk menjadi seorang isteri yang terbaik.

Kehidupan saya seperti biasa. Alhamdulillah, syukur dengan kehidupan yang saya anggap sudah lengkap ini. Sudah berkahwin, semuanya sempurna ditambah boleh bekerja dan mencari rezeki, itu sudah memadai.

Saya dan suami sibuk dengan kerja masing-masing. Apa yang penting, saya mahu memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik kepada suami.

Sudah menjadi adat kalau sesiapa sahaja yang baru kahwin persoalan tentang bila hendak mendapatkan anak tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi jika terserempak dengan saudara mara bukan? Pasangan mana yang kahwin tidak mahukan cahaya mata?

Buat Yana, beliau serahkan soal ini kepada rezeki dan tidak mahu menjadikan ia satu tekanan dalam hidupnya. Tambahan pula, usia perkahwinan mereka masih lagi baru tidak sampai setahun lagi.

Soal anak itu rezeki Allah. Kalau ada baguslah. Rasanya belum terlewat lagi kerana usia perkahwinan kami juga masih baharu. Mengandung atau belum, saya tidak mahu menjadikannya sebagai satu tekanan dalam hidup. Suami saya pun tidak cakap apa-apa.

Tipulah, kalau saya tidak mahu anak. Namun, semuanya bergantung kepada masa. Kalau sudah ada, baguslah. Kami terima sahaja. Kami tidak pernah merancang dalam soal itu. Bagi saya, hidup sudah sempurna walaupun tanpa kehadiran cahaya mata .

Semua orang mengimpikan cahaya mata mereka sendiri tetapi tidak perlu lah tergesa-gesa dan serahkan soal itu kepada Allah SWT, pasti perancanganNya adalah yang terbaik.

Sumber Berita: Utusan Online