May 8th, 2015

Bagus. Seringkali bila ada selebriti wanita berhijab, banyak pihak (termasuk selebriti itu sendiri) yang cuba mengambil kesempatan dengan penghijrahan tersebut. Ada yang berlagak alim, ada yang berkongsi kisah yang tak masuk akal dan ada yang tiba-tiba menghentam rakan selebriti lain yang belum menutup aurat. Langkah Yana Samsudin untuk tidak memberi sebarang komen ini harus dipuji. Pemakaian tudung adalah wajib dalam Islam dan ia tidak perlu digembar-gemburkan seperti satu perkara yang ajaib.

yana samsudin

Kata Yana Samsudin:-

Kalau boleh saya tidak mahu mengulas lanjut berkenaan isu ini kerana beranggapan ianya terlalu sensitif dan tidak perlu untuk dihebahkan dengan terlalu meluas. Saya sudah lama menyimpan niat untuk berhijab dan tidak ralat untuk berubah imej bila-bila masa pun. Cuma banyak aspek yang perlu dititik beratkan kerana melibatkan banyak pihak.

yana samsudin

Tahniah kepada Yana Samsudin yang bersikap tenang tentang penghijrahannya ini. Semoga kehidupan Yana dan suami lebih diredhai dan tenang selepas ini. Moga-moga makin murah rezeki. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

yana samsudinP.S: Inspired clothing terkini di www.iziefashion.com :) All items ready stock. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. Harga antara termurah di pasaran dan anda pasti akan berpuas hati dengan produk dan servis yang ditawarkan. Lebih banyak design yang pasti membuatkan penampilan anda lebih menarik di website ^_^

 

May 4th, 2015

Semakin jelita, semakin cantik dan semakin menawan Yana Samsudin dengan imej terbarunya ini. Memang makin sedap mata memandang apabila Yana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya baru-baru ini. Keputusan untuk berhijab datang secara tiba-tiba buat Yana. Alhamdulillah. Masa muda sudah dibukakan pintu hati untuk menutup aurat sepenuhnya. Bukan semua orang dibukakan hati semudah ini.

yana samsudin

Menarik juga kisah yang dikongsikan oleh Yana Samsudin tentang penghijrahannya ini. Kata Yana:-

Pada 28 April lalu, saya ada mengikuti majlis ilmu, Warung Halal di Kedah. Ketika itu, saya memang mengenakan tudung namun, belum terfikir untuk bertudung sepenuhnya.

Pada keesokan harinya, saya hadir dalam program Wanita Hari Ini dan bertudung. Dari situlah saya mula terfikir untuk mengekalkan imej itu dan terus bertanya kepada suami.

Alhamdulillah, dia menyambut baik keputusan saya. Mungkin ini adalah kerana doa daripada keluarga, suami, peminat dan sahabat. Saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan macam mana kerana semuanya datang secara tiba-tiba

Tambah bagus, Yana Samsudin bakal membuang gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di media sosial. Itu satu langkah yang amat baik. Namun sudah tentu ia akan mengambil sedikit masa dan ada pengecualian, terutama yang berkaitan dengan kerja. Kata Yana lagi:-

Saya bersyukur dengan penerimaan positif di kalangan peminat. Sebagai pengurus, suami saya akan menguruskan mengenai perkara itu dan ia akan dibuat secara berperingkat.

Namun, untuk iklan dan poster yang sudah dibuat, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ianya dilakukan sebelum saya berhijab. Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan pihak lain atas keputusan saya.

Yang mana boleh diselamatkan, kami akan buat. Saya harap peminat akan memahaminya dan tidak menjadikan perkara ini sebagai isu selepas ini

yana samsudin

Betul kata-kata Yana itu. Mana yang boleh buang, kita buang. Yang tak boleh dibuang, tak perlu dijadikan isu dan kontroversi. Yang penting Yana sudah berubah dan kini berusaha menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Itu pun sudah cukup sebenarnya. Sama-samalah kita doakan agar Yana terus istiqamah. Tahniah sekali lagi buat Yana atas perubahan ini. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Volkswagen Beetle Bug dilancarkan pada harga RM146,888

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin

yana samsudin
yana samsudin
yana samsudin
yana samsudin

April 29th, 2015

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Yana Samsudin yang telah pun bertudung sepenuhnya. Yana hari ini telah tampil dengan imej menutup aurat untuk rancangan Wanita Hari ini yang bersiaran pagi tadi. Yana tampak lebih manis, ayu dan menawan dengan tudung berwarna pink. Pastinya orang yang paling gembira dengan perubahan ini adalah suami Yana sendiri, Fadzil Zahari.

yana samsudin bertudung

Yana Samsudin telah memuatnaik 2 keping gambar dirinya dengan imej bertudung di Instagram dan telah menerima banyak komen positif daripada para peminat. Sudah tentu para peminat gembira dengan penghijrahan ini. Semoga ia berkekalan. Kata Fadzil Zahari:-

Tada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab. Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi.

yana samsudin bertudung

Tahniah buat Yana Samsudin atas penghijrahan ini. Semoga kekal menutup aurat. Sumber Berita Harian.