Written by serenity | February 7th, 2012

Beberapa hari lepas, majalah hiburan dan fesyen online WuuHuu Online telah menampilkan beberapa orang selebriti wanita dengan imej perisik wanita. Antara artis wanita yang tampil dengan imej tersebut dalam majalah ENF yang menampilkan model muka hadapan Zizan Razak dan Diana Danielle ini ialah Anzalna, Qalisha Ray, Jaclyn Victor, Elfira Loy dan Fouziah Gous. Antara gambar mereka seperti yang dikeluarkan oleh WuuHuu:
WuuHuu Online juga telah menerbitkan dua lagi majalah online di samping ENF, iaitu FeMag dan sebuah majalah komik, WuuHuu, semuanya percuma untuk dibaca. Pada pendapat kami majalah keluaran mereka memang menarik dibaca, kerana padat dengan gambar dan berita hiburan dan fesyen, malah tampil dengan editorial yang menarik.
Untuk melawat, layari WuuHuu Online.