May 23rd, 2020

Selepas dibanding-bandingkan solekan watak Opah Aminah yang dibawa oleh Sheila Rusly dengan primadona Erra Fazira menerusi filem Hingga Hujung Nyawa, jurusolek drama Bukan Gadis Biasa, Nissa Khan tampil menjelaskan segala kemelut yang berlaku.

solekan tua sheila rusly

Menurut adik kepada pelakon Mas Khan ini, bajet yang diperuntukan oleh sebuah produksi untuk drama dan filem adalah sangat berbeza.

Menurutnya, bayaran solekan untuk watak tua yang dibawa Erra untuk filem berkenaan  adalah sekitar ratusan ribu ringgit.

Kita tak boleh samakan bajet drama dengan filem. Saya dengar bayaran makeup untuk watak tua Erra Fazira itu dalam RM200,000 hingga RM400,000.

Hal ini kerana, mereka menggunakan krew yang ramai, malah tiada produksi drama yang sanggup bayar dengan harga sebegitu untuk hanya mengendalikan solekan.

solekan tua sheila rusly

Tambah Nisa, andai dirinya diperuntukkan bajet sebegitu rupa, pasti beliau akan menjemput kenalannya dari luar negara untuk sama-sama bekerjasama menghasilkan yang terbaik untuk drama tersebut.

“Saya ada ramai kenalan antaranya dari Singapura dan Los Angeles. Hasil kerjasama kami mungkin boleh hasilkan yang sama ataupun insya-Allah lagi baik.”

Nisa bagaimanapun sekali lagi menegaskan, filem yang dilakonkan Erra itu dibantu lima orang jurusolek kesan khas manakala dirinya hanya bersendirian menghasilkan solekan untuk Sheila.

“Apa yang saya tengok dekat video di sebalik tabir, Erra disolek oleh empat atau lima orang jurusolek. Itu yang ramai tak boleh bezakan.”

Kesan solekan watak Opah Aminah yang tidak nampak semulajadi itu menjadi buah mulut ramai apabila wujud segelintir pihak seakan tidak berpuas hati dengan hasil kerja tersebut. Malah, ada yang mempersoalkan mengapa pemilihan pelakon harus dituakan berbanding mengambil pelakon veteran.

Sumber: Gempak