January 6th, 2016

Empat tahun menantikan kehadiran cahaya mata, pasangan Ashraf Muslim dan isteri pertamanya Noor Dayana akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf sekitar bulan Disember tahun lepas.

Baru-baru ini, satu majlis tahnik telah diadakan bersempena kelahiran Anas yang diadakan di kediaman bapa Dayana, Haji Lokman yang terletak di Sg Pusu Gombak.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Tahlil dan selawat sebelum acara tahnik.

Berikut beberapa lagi foto yang dikongsikan oleh Haji Lokman sendiri di akaun Instagramnya semasa majlis tahnik berlangsung.

December 22nd, 2015

Selama empat tahun Ashraf Muslim dan isteri pertamanya Noor Dayana menanti detik untuk dikurniakan dengan cahaya mata dan berkat kesabaran mereka berdua, Allah SWT telah mengurniakan seorang bayi lelaki apabila Dayana selamat melahirkan anak pertama mereka pada 10 Disember lepas.

Diberi nama Anas Ashraf Bin Mohd Ashraf, bayi tersebut tidak pernah lekang dengan senyuman. Malah, melihat wajahnya ketika tidur juga boleh membuatkan hati ini merasa sungguh tenang.

Jom layan 4 lagi foto Anas dengan membaca entri ini sepenuhnya.

December 15th, 2015

Seperti yang kita ketahui, baru-baru ini, isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana telah pun selamat melahirkan cahaya mata pertama. Bayi lelaki tersebut telah pun dilahirkan secara pembedahan. Untuk makluman, Ashraf Muslim dan Dayana telah pun bergelar suami isteri sejak tahun 2011. Pastinya kehadiran cahaya mata ini akan memeriahkan lagi keluarga mereka.

dayana

Menurut Ashraf Muslim, nama anak ketiganya (2 orang anak hasil perkahwinan bersama Wan Sakinah) akan diberikan pada hari ketujuh mengikut sunnah. Kata Ashraf Muslim:-

Syukur pada Allah isteri dan anak dalam keadaan sihat. Buat masa sekarang, kedua-duanya masih dirawat di hospital.

Sepanjang proses bersalin, saya ada di sisi isteri. Apabila anak dilahirkan, saya sangat terharu. Bukan apa, penantian selama 4 tahun termakbul juga. Ini adalah rezeki berganda buat saya.

Apabila keluarga semakin besar, saya perlu urus dengan baik. Pada waktu sama, saya kena buat banyak persediaan.

ashraf muslim

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah atas kehadiran si comel ini dalam hidup mereka. Semoga ia akan menjadikan ikatan kekeluargaan mereka lebih mesra. Selamat membesarkan anak.

September 28th, 2015

Anak kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, Adam Ashraf Mohd Ashraf telah lahir pada 14 September lepas.

The Photolicious telah merakamkan gambar Adam Ashraf bersama kakaknya, Sarah Ashraf dalam satu sesi fotografi.


 photo 12028742_10153684143172650_536762569759899969_o.jpg

Anak ketiga keluarga ini iaitu anak sulung Ashraf bersama Noor Dayana Lokman dijangka lahir Disember ini.

Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar The Photolicious.

Panggung Seni Tradisional 2015 meneruskan langkahnya lagi, kali ini menampilkan kelainan dengan persembahan Opera Cina "…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 27 September 2015


 photo 12022533_10153684143197650_974829922760162109_o.jpg
 photo 12068922_10153684142437650_6042468359567801186_o.jpg
 photo 12068841_10153684139877650_6363189134383834142_o.jpg
 photo 12068818_10153684144417650_2314250686061094670_o.jpg
 photo 12068654_10153684144027650_7256674840100180562_o.jpg
 photo 12068401_10153684143717650_8603684491621522920_o.jpg
 photo 12039029_10153684144357650_7959278104653398978_o.jpg
 photo 12068403_10153684144397650_250198558265825719_o.jpg
 photo 12031508_10153684144092650_1653760078027792859_o.jpg
 photo 11999553_10153684143157650_8794786928749164926_o.jpg
 photo 12002410_10153684143662650_8411456946393727602_o.jpg
 photo 12028742_10153684143172650_536762569759899969_o.jpg
 photo 12030417_10153684144002650_47271646431368604_o.jpg