Written by Bella | June 14th, 2016

Sebelum ini, timbul desas-desus dan khabar angin bahawa Wak Doyok sedang hangat bercinta bersama bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim lebih-lebih lagi selepas mereka sering memuat naik foto bersama di akaun Instagram masing-masing. Malah, Wak Doyok dan Azrinaz sering dilihat menghadiri pelbagai majlis berdua.

Terbaru, Wak Doyok mengakui beliau agak rapat dengan Azrinaz tetapi hubungan mereka hanya sekadar teman sahaja buat masa ini. Walaubagaimanapun, beliau tidak menolak sekiranya ada jodoh dengan Azrinaz.

Kalau ditanya tentang status saya dengan dia kami masih berkawan, cukuplah saya katakan dia kawan paling rapat dan paling baik dengan saya.

Tidak salah kami berkawan kerana masing-masing tidak berpunya, kalau ada jodoh kami, sampailah kad jemputan kepada anda semua (media).

Namun, Wak Doyok sedar jurang antara beliau dan Azrinaz amat besar kerana wanita itu merupakan golongan VVIP dan merupakan bekas isteri kepada Sultan Brunei.

Dia bukan orang sembarangan dan saya pula hanya orang kampung sahaja, rasa macam tidak padan pula. Tapi bagi saya untuk memikat seorang wanita perlu memikat kedua-dua ibu bapanya dahulu.

Kalau ada jodoh apa salahnya. Jika soal status itu, kami rasa Wak Doyok pun bukanlah orang yang “sangat” susah dan berduit juga. Lagipun, kasih sayang itu yang lebih utama daripada harta di dunia.

Sumber Berita : mStar Online