September 14th, 2015

Jika sebelum ini Wak Doyok dikecam teruk dan dilabelkan sebagai lelaki gila seks apabila memberikan komen “merecik” di Instagram Kilafairy, kali ini beliau sekali lagi dihimpit kontroversi apabila ada sesetengah pihak yang mendakwa beliau mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis.

Walaubagaimanapun, Wak Doyok sendiri telah menafikan perkara tersebut sebelum ini, namun ada lagi pengikutnya di Instagram menuduh beliau gila seks dan memfitnah beliau melakukan maksiat ketika berada di Melbourne, Australia.

Pelbagai tomahan diterima, Wak Doyok nampaknya meluahkan rasa bengang terhadap komen negatif itu yang diterima oleh beliau sewaktu hendak sarapan.

Pagi-pagi dah sarap comment macam ni.  apa korang rasa bila kena macam ni? #AkuBukanMarahNasihat #Melbourne #Australia #OrangAussieCakapIDontCare #AkuYangPergiAussieKoYangPanas #TakSemuaMelayuMacamIni #AkuCukupPantangDahLamaSaboNakSekaliLepasGGeramBaruPuas #DahMerdekaLah58Tahun #JanganDengkiBoleh #MacamManaMelayuNakMaju #JanganMulutLongkang #CakapBiarBeradap #HormatOrang #RespactOrangSikit #BuangHasadDengki #SalingBantuMemBantu #KitaSeBangsa #IniLahMelayuNasibAkuJoWo #SuDahSudahLah #JanganSakitkanHatiOrang #CubaKenaKatAdikKoMacamTu #JanganBuatFitnah #JanganBurukSangkaDekatOrangBoleh #TengokDiriSendiriDuluElokKeTidak #TakBolehTengokOrangBerjayaSikit #KoIngatAkuSebayaKoAkuDahSebayaBapakKoLah #AkuDudukAussieKerjaLahBuatAmpayer #KoIngatAkuTakBacaComment #HastagMelepaskanGeram #Kbaii

Kepada Wak Doyok, haters ini ada dimana-mana sahaja, kalau kita layan lagi la mereka naik kepala dan rasa syok mengutuk setiap perbuatan kita. So, biarkan je lah diorang ni. Bak kata Taylor Swift dalam lagunya.. haters gonna hate, hate, hate, hate …so shake it off shake it off…

March 17th, 2015

Isu komen berbaur seks Wak Doyok di Instagram Kilafairy, telah mendapat perhatian ibu pelakon tersebut Rohana Jalil yang menyifatkan tindakan ikon fesyen tersebut adalah tidak wajar sama sekali.
Sebagai seorang selebriti, Wak Doyok seharusnya menjaga batasan serta tindak-tanduknya agar masyarat tidak memandang serong terhadap mereka meskipun Wak Doyok sudah memhon maaf sebelum ini.

Dia tak patut bergurau sebegitu walaupun hubungan mereka baik seperti adik-beradik sekalipun. Ini kerana orang luar akan mentafsir dengan persepsi lain.

Sebagai selebriti mereka perlu jaga perkara itu dan tidak boleh membawa hubungan rapat itu melebihi batasannya terutama di zaman madia sosial ini.

Rohana juga sebelum ini yang mempunyai pengalaman berkawan dan rapat dengan rakan artis yang lain, selalu mengingati pesan ibunya agar menjaga batas pergaulan walaupun berkawan dengan lelaki yang mempunyai perwatakan lembut.

Saya dulu pun berkawan rapat dengan rakan artis lelaki seperti Jaafar Onn tu, itu pun saya selalu diingatkan oleh emak supaya jangan pergi kemana-mana berdua kerana takut orang pandang serong.

Bagi saya memang perlu jaga batasannya, walaupun lelaki itu lembut sekalipun dia tetap bukan muhrim.

Pada pendapat kami, isu ini kedua-dua pihak ada salahnya. Nasihat sahaja tidak cukup jika tidak mahu anak kita sering menjadi simbul seks. Wak Doyok dah kena tegur, lepas ni jangan lupa tegur anak sendiri pakai seksi. Baru adil

Sumber Berita: mStar Online