Written by Bella | November 24th, 2016

Siapa sangka penyanyi yang dilahirkan di Kedah, Yuna yang kini melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa dan aktif menyanyi di Amerika Syarikat diberikan peluang untuk menghiasi papan iklan elektronik di tengah-tengah  bandar Times Square, New York.

Untuk pengetahuan anda, bukan mudah untuk dipilih sebagai artis pilihan bagi Nasdaq hanya jenama popular dan barisan mereka yang terkenal sahaja yang berpeluang membuat paparan di “billboard” tersebut.

Menerusi portal BH ONLINE, Yuna maerasa syukur kerana akhirnya segala usaha beliau berbaloi apabila bakatnya sudah mula diterima di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, wajah kumpulan The Chainsmokers menjadi wajah pilihan untuk papan iklan berkenaan. Saya pula diundang untuk sesi fotografi oleh Nasdaq baru-baru ini dan hanya gambar yang dipaparkan di skrin terbabit, bukan video.

Apapun, saya bersyukur kerana bakat saya diterima baik di sana walaupun baharu lima tahun mencuba nasib di negara itu.

Tahniah kami ucapkan kepada Yuna yang terus membuatkan rakyat Malaysia bangga kerana berjaya mengharumkan nama negara dan membuktikan anak tempatan juga mampu untuk bersaing dengan artis antarabangsa.

Sumber Berita : BH ONLINE