August 23rd, 2010

waheeda confirm berpurdah

Baru-baru ini kami telah dijemput oleh pihak Astro untuk berbuka puasa di Bora Asmara. Ramai sungguh artis-artis yang datang. Tapi yang balik menjadi tumpuan sudah tentu kehadiran Waheeda dan Akhil Hayy. Waheeda seperti yang kita tahu memang sudah lama tak keluar di mana-mana suratkhabar atau majalah selepas berkahwin.

Dan kami tak terkejut dengan pemakaian purdah oleh Waheeda. Dulu pun kami pernah keluarkan gambar Waheeda berpurdah. Cuma kali ini memang sah dan confirmlah dia sudah berpurdah. Jutaan tahniah kami ucapkan. Bukan senang nak berpurdah tapi Waheeda ternyata mampu.

Buat pengetahuan semua, Waheeda sudah pun bersara daripada dunia seni. Jadi dia datang time tue hanyalah untuk menemani suaminya, Akhil Hayy.

P.S: Cuba tengok video nie. Salah mamat nie jadi penjual burger atau memang perempuan tue mata duitan?

December 20th, 2009

waheeda berpurdah

Kagum sebentar kami melihat gambar Waheeda yang kini berpurdah. Tahniah kami ucapkan kepada Waheeda yang maju setapak lagi. Mungkin azam tahun baru, Awal Muharram (kami nak ucapkan selamat tahun baru kepada anda semua).

Bukan mudah untuk Waheeda memakai purdah lagi-lagi di Malaysia ini. Apa-apa pun semoga terus kekal memakai purdah. Tahniah jugak kami ucapkan kepada Akhil Hayy yang nampaknya terus membimbing isterinya. Semoga perkahwinan anda berdua kekal dan dirahmati.

waheeda berpurdah

Gambar diamik dari ZonArtis.

P.S: Semalam dapat tengok Hujan buat live show. Best sangat-sangat. Terima kasih kepada Nuffnang sebab jemput kami. Sesapa yang rasa nak buat duit sedikit sebanyak melalui blog dia, leh la gi daftar kat Nuffnang.