August 16th, 2020

Membawa watak sebagai Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ternyata telah membuatkan pelakon baru, Wafariena yang lebih mesra disapa sebagai Wafa dikecam teruk oleh warga maya di media sosial.

Walau bagaimanapun, menurut Wafa, karakter sebenar dirinya amatlah berbeza dengan watak Nurul Ain dalam drama popular tersebut. Baginya, dia tidak pernah terfikir untuk sama sekali merampas suami orang jika diberi kesempatan.

Dalam pada masa yang sama, dia mengakui pernah diganggu dengan suami orang namun tidak pula terdetik untuk ‘melayan’.

View this post on Instagram

Tak kira la org suka ke tak , nurul tetap tak sabar nak khawin dengan abang ri ? . . . @wafariena_rangers . . . #7harimencintaiku2 #nurulain #tv3 #drama #wafariena #bukankalengkaleng #?? #superstar #actress #singer #versatile #artist #alhamdulillah #? #wafarienarangers #gadisberdagubelah #shukrinatics #shukriyahya #drama #makleha #miaadriana #paksamad

A post shared by ????? ??????? ????? ???? (@wafarienaroslan) on

“Wafariena dan Nurul Ain adalah orang yang sangat berbeza. Memang karakter kami tidak sama pun dan banyak perbezaan. Nak rampas suami orang itu, memang tak la. Kalau orang tak kenal saya mereka mesti ingat saya sombong. Sebenarnya, sebelum saya dikenali, ada saja suami orang yang menganggu saya. Tapi memang saya tak layan langsung,”

Watak Nurul Ain yang dibawa Wafa itu diggambarkan sebagai perosak rumah tangga Mia dan Khuzairi yang masing-masing dibawa oleh pelakon Siti Saleha dan Shukri Yahaya.

 Dia yang sebelum ini dilaporkan pernah menerima kritikan serta kata cacian yang tidak sedap didengar dan diugut untuk disimbah asid di muka oleh netizen yang tidak bertanggungjawab.Malah, Wafa turut mengakui ada sesetengah netizen di luar sana yang menyangka dirinya seorang yang berhijab sedangkan itu hanya keperluan dalam membawa watak Nurul dalam drama tersebut.

“Sehingga kini masih ada lagi yang kecam saya di DM dan komen di IG tapi saya biar saja. Ada yang kecam dan persoal kenapa saya buka tudung selepas dikenali. Sedangkan saya memang tak pakai tudung pun tapi untuk watak Nurul Ain saya pakai. Tapi orang yang baru follow saya memang tak tahu saya sememangnya tidak bertudung,” – Wafariena

Sumber : mStar Online