February 19th, 2019

Beberapa artis Malaysia sebelum ini berjaya mencipta nama di Indonesia namun bilangan mereka tidak begitu ramai. Datuk Seri Siti Nurhaliza ialah legenda di sana, begitu juga dengan kumpulan Slam dan Zamani, kumpulan Iklim dan Saleem serta kumpulan Search. Tidak banyak artis-artis zaman kini yang berjaya menembusi pasaran di sana.

Namun begitu berdasarkan komen-komen di YouTube, lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi kini sedang tular dan rancak diputarkan di negara jiran, Indonesia.

Persembahan Sufian untuk lagu ini  berjaya memungkinkan penyanyi itu merangkul trofi persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu 33, walaupun disulami kontroversi gimik persembahan.

Tahniah diucapkan buat Sufian. – beautifulnara.com

Advertisement
April 12th, 2018

Komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun menjadi bualan netizen sejak semalam apabila dikatakan tidak cakap serupa bikin.

Ini kerana dia memuat naik status umum mengenai ‘show off’ atau menayangkan apa yang dimiliki dengan tujuan berbangga di Twitter.

Ini menyebabkan Netizen menjawab tweet itu dengan memuat naik beberapa salinan skrin gambar Hafiz di sisi kereta mewah dan bergambar di rumah mewah beserta kolam renang persendirian yang pernah dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Hafiz bagaimanapun, Hafiz menafikan kereta dan rumah itu adalah miliknya. Kepada Utusan Online, Hafiz memberitahu:

Ya, memang betul saya ada bergambar dengan kenderaan mewah dan pergi ke lokasi percutian bertaraf lima bintang seperti yang digambarkan. Semua itu bukan milik saya. Malah, keberadaan saya di lokasi-lokasi mewah itu disebabkan kebetulan ada kerja di situ, bukannya membelanjakan wang sendiri.

Nak tergelak pun ya apabila petikan Twitter saya mula tular di media sosial seolah-olah memberi gambaran bahawa saya seorang yang tak cermin diri sendiri sebelum menegur orang lain. Lagipun, kata-kata saya itu adalah sekadar peringatan kepada semua dan juga diri sendiri. Tidak spesifik untuk individu tertentu.

Dengan penjelasan ini, diharap ada yang tidak terkeliru lagi. Apa yang dimuat naik itu bukanlah harta milik Hafiz.

Namun begitu, penulis dengar Hafiz bukan calang-calang orangnya dan bergelar jutawan juga. Selamat maju jaya diucapkan buat Hafiz Hamidun.  – beautifulnara.com

Advertisement
March 6th, 2018

Sejak kebelakangan ini sering juga kita dengar keluhan para pelakon yang mendakwa antara kriteria pemilihan pelakon dalam sesebuah filem ialah pelakon itu perlu mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Antara yang pernah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka tentang perkara ini ialah Izara Aishah yang mengatakan, jumlah pengikut media sosial yang ramai menjadi kriteria penerbit untuk memilih pelakon membintangg filem/telefilem sehinggakan bakat pelakon tidak dipandang lagi.

Bagaimanapun, seorang pengarah filem, Rewan Ishak berkata, kutipan filem Badang yang hanya mengaut lebih RM 74,000 membuktikan tanggapan bahawa jumlah pengikut media sosial pelakon akan mempengaruhi kutipan filem yang dibintangi adalah salah.



Filem Badang arahan Datuk Prof. Dr. A Razak Mohaideen diterbitkan oleh FITA Studios. Kisah kegagalan filem itu di pawagam menjadi viral kerana dikatakan menelan belanja RM 2.2 juta, dan menampilkan seorang personaliti media sosial yang didakwa Netizen tidak berbakat dalam lakonan iaitu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri. – beautifulnara.com

Advertisement
December 2nd, 2017

Jika sebelum ini Izreen Azminda banyak bermain teka teki mengenai status dirinya dan memberitahu akan mengadakan satu sidang media membabitkan beberapa pemberita tertentu sahaja, seorang wanita bernama Intan Liana Saleh, telah tampil memberitahu bahawa Izreen telah berkahwin dengan suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, seorang pemuzik untuk rancangan Gegar Vaganza, sebagai isteri kedua.

Intan memberitahu hanya mengetahui tentang itu pada 10 November lepas, iaitu beberapa bulan sejak suaminya berkahwin dengan pelakon itu sekitar Ogos lepas. Kepada BH Online, Muhammad Radzi atau lebih dikenali dengan nama Ude, mengakui bahawa dia telah berkahwin dengan Izreen.

Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu.

Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan bersama Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan

Wanita yang tampil membuat pengakuan itu ialah isteri pertama saya.

Saya dan Intan Liana Saleh, 32, mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu. Kami memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan.

Uda juga menafikan rumahtangganya berantakan setelah Intan Liana mengetahui dia telah berkahwin dengan Izreen:

Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini.

Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya.

Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain.

Ude juga meminta agar privasi keluarganya dijaga oleh pihak media.

Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami.

“Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga.

Sementara itu, kepada Sinar Harian, Izreen memberitahu dia kecewa perkara itu digembar-gemburkan tanpa pengetahuannya sebelum dia mengadakan sidang media:

Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat.

Desas-desus bahawa Izreen telah berkahwin timbul apabila Izreen meletakkan nama ‘Mrs. Ude’ di akaun Instagramnya beberapa minggu lepas dan setakat artikel ditulis, penulis mendapati Izreen juga telah menukar namanya kepada ‘Madam Izreen Azminda Radzi’ di akaun Instagramnya

Izreen bagaimanapun sebelum ini pernah mengatakan Mr. R yang dikaitkan dengannya ialah seorang bujang dan beberapa kali memberi kenyataan yang membayangkan dia tidak kisah berkahwin suami orang dan hidup bermadu.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhamad Riza Baharudin pada 2012 dan rumah tangga mereka berakhir pada 2014. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 4 tahun. – beautifulnara.com

Advertisement