March 17th, 2017

Beberapa hari lepas, netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mendakwa penyanyi Fynn Jamal cuba untuk mengelirukan orang lain dengan isu menyamakan solat lelaki dan wanita. Ia bukan sahaja mendapat perhatian pengguna media sosial tetapi ustaz,ahli agama serta mufti . Malah, seorang ahli ulama juga sebelum ini ada bertindak untuk menegur Fynn.

Berkemungkinan diasak dengan pelbagai persoalan dan kritikan ramai, Fynn menerusi akaun Facebooknya telah tampil dengan penjelasan panjang lebar untuk mempertahakan dirinya.

Dalam penjelasan Fynn, beliau memberitahu tiada niat sama sekali untuk cuba mencetuskan kontroversi mahupun mengeluarkan fatwanya sendiri seperti yang didakwa.

Berikut penjelasan Fynn :-


Kami enggan memberikan komen lebih mengenai isu ini kerana ia terpulang kepada pandangan masing-masing. Namun, mungkin selepas ini Fynn kena lebih berhati-hati dalam perkongsiannya apatah lagi jika ia melibatkan isu agama yang agak sensitif.

March 16th, 2017

Sebut sahaja nama Fynn Jamal, pasti anda semua kenal bukan? Nampaknya Fynn kini sudah berubah penampilannya dengan memakai niqab dan sering aktif berdakwah. Beberapa hari lepas, Fynn ada memuat naik video dimana beliau menerangkan cara solat wanita dan solat lelaki itu sama.

Kami pun tidak tahu daripada mana Fynn mendapatkan sumber tentang cara solat itu dan video itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Rata-rata netizen mengecam tindakan Fynn yang seakan memandai-mandai mengeluarkan fatwanya sendiri.

Berikut video hangat tersebut :-

Isu ini turut mendapat perhatian semua ahli agama, namun seorang ahli ulama menerusi akaun Facebooknya, Abdul Rahman Dan Zaujah telah terpanggil untuk memberikan komen dan pandangannya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Fynn.

Ikuti pandangan ahli ulama tersebut di bawah :-

Hukum hakam tentang agama ini tidak boleh dibawa main-main dan sebelum berkongsi sesuatu mengenai agama, seseorang itu harus memastikan ia daripada sumber yang betul kerana ia boleh mencetuskan kekeliruan dikalangan masyarakat.

Sumber Berita : Abdul Rahman Dan Zaujah / Mohammad Muzani