February 10th, 2015

Sebut sahaja nama Caliph Buskers pasti ramai yang mengenali pemuzik jalanan terdiri daripada golongan OKU yang memukau penonton di Anugerah Juara Lagu Ke 29 kerana persembahan yang penuh dengan jiwa dipentas tersebut.

Apabila nama mereka semakin popular, terdapat beberapa pihak mengatakan mereka mula bersikap sombong dalam memilih sesuatu tawaran. Apakah ia benar?
Menjawab gosip tersebut, vokalis kumpulan Caliph Buskers saudara Azmi menjelaskan tiada apa yang berubah dan mereka masih bergelar pemuzik jalanan serta menerima apa sahaja jenis undangan nyanyian termasuk di majlis perkahwinan.

Kami masih seperti dahulu. Tiada apa yang berubah apatah lagi untuk bersikap memilih terhadap jemputan yang dibuat kepada kami.

Selain persembahan jalanan dan jemputan beberapa acara hiburan kami masih menerima undangan persembahan di majlis perkahwinan dan tiada sebab mengapa kami perlu menolak.

Buat Caliph Buskers mereka tidak mementingkan kekayaan dan hanya ingin menghiburkan masyarakat  juga memberikan yang terbaik dalam persembahan mereka. Harapan Azmi selepas ini agar tiada pihak yang merasa takut mendengar gosip tersebut dan berfikir dua kali untuk mengundang mereka dalam sesebuah projek.

Apa yang penting kami dapat menghiburkan masyarakat dengan muzik dan akan memberikan yang terbaik

Bakat yang ada pada kumpulan Caliph Buskers adalah sesuatu yang jarang kita temui. Mereka betul-betul menghargai sesebuah lagu dan muzik itu sendiri. Sudah menjadi lumrah apabila popular pasti sahaja ada gosip bukan? Jika niat itu telus pasti kejayaan menunggu.

Sumber Berita: mStar Online

January 19th, 2015

Power!!! Memang menjadi kejutan yang dilakukan oleh Edry KRU apabila membawa kumpulan Caliph Buskers ke atas pentas AJL29 untuk menyanyikan lagu Romancinta bersama Mojo. Untuk makluman, Caliph Buskers merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Persembahan mereka membuatkan Abang Nara terharu dan meremang bulu roma. Malah ada yang menyatakan air mata mereka mengalir melihat persembahan Caliph Buskers semalam.
biodata caliph buskersKepoweran mereka terbukti apabila berjaya membawa pulang Persembahan Terbaik yang diputuskan melalui undian SMS. Untuk makluman, Edry telah menemui Caliph Buskers ketika mereka sedang menyanyi di hadapan kompleks membeli-belah Sogo. Memang betullah orang kata setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Keluarnya Aweera daripada Mojo membuka pintu rezeki buat Caliph Buskers.
biodata caliph buskers

Nama penyanyi kumpulan Caliph Buskers ini ialah Azmi Saat. Walaupun pada mulanya kelihatan agak gementar, tetapi akhirnya kelantangan suara Azmi memukau jutaan penonton. Untuk persembahan kali pertama, ia adalah amat mantap sekali. Hari ini, Caliph Buskers telah muncul di radio Era untuk sesi temubual. Semoga semakin dimurahkan rezeki selepas ini.
biodata caliph buskersTahniah diucapkan kepada Edry KRU kerana tidak takut untuk mempertengahkan bakat sebegini. Semoga akan ada kerjasama antara KRU dan Caliph Buskers. Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan ini, bolehlah LIKE Facebook Caliph Buskers.