Written by AbangNara | March 28th, 2012

Memang sukar untuk memuaskan hati semua pihak lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang selebriti. Buat apa sahaja pun boleh mencetuskan kontroversi. Dan Abang Nara pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Awal melamar Scha secara live di Propaganza baru-baru ini. Jawapannya ada di video KRUTV di bawah:-

Abang Nara pun tak berapa pandai sangat nak cakap bab-bab adat atau tradisi. Namun apa yang Abang Nara respek ialah ke”gentleman” Awal untuk membuat lamaran secara live. Bukan calang-calang orang boleh melakukannya. Kalau Abang Nara mahu kejang urat peha dibuatnya.

awal dan scha

Layankan lagi 14 keping gambar romantik Awal dan Scha di Flora Cafe semalam dengan membaca entri ini sepenuhnya. Sila LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography tanda terima kasih atas kesudian mereka berkongsi gambar-gambar ekslusif ini.