August 13th, 2015

Penyanyi Yuna nampaknya sudah berjaya melakar sejarahnya sendiri apabila beliau telah merakam lagu bersama penyanyi R&B serta penulis lagu terkenal di Amerika Syarikat, Usher.

Berita tersebut bukan sekadar khabar angin tetapi ia telah disahkan sendiri oleh komposer David Foster yang turut berkata kerjasama tersebut bakal menaikkan lagi nama Yuna di peringkat antarabangsa.

Saya rasa kerjasama ini akan membawa Yuna ke peringkat lebih tinggi dan kami dalam usaha untuk terus menggilap bakatnya menjadi seorang bintang

Walaupun sebelum ini David Foster memberitahu Yuna masih belum mempunyai kemampuan untuk bergelar seorang artis antarabangsa dan perlu meningkatkan lagi bakat beliau nyata kritikan itu tidak mematahkan semangat anak jati Malaysia itu untuk terus mencipta namanya seperti sekarang.

Dalam perkembangan lain, Yuna dijadualkan mengadakan konsert keduanya di ibu kota pada 16 Oktober depan. Kali ini, beliau akan tampil dalam persembahan eksklusif di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Kuala Lumpur.
yuna
Tahniah kami ucapkan kepada Yuna, semestinya beliau sudah menunjukkan bahawa anak Malaysia juga mampu mencapai tahap antarabangsa dalam bidang hiburan. Semoga lebih berjaya selepas ini. Sumber Berita: Berita Harian