July 11th, 2016

Uqasha Senrose memberitahu beliau tidak akan menerima sebarang tawaran untuk berlakon sebagai watak utama didalam teater, selepas beliau dikritik hebat oleh penonton ketika membawakan watak Izzah didalam pementasan teater Ombak Rindu sebelum ini.

Jelas Uqasha beliau sedar dirinya masih belum mampu untuk memegang peranan penting dalam teater.

Bukan kerana kritikan tetapi atas kesedaran diri sendiri bahawa lakonan di pentas teater itu bukan mudah seperti disangkakan.

Saya masih belum sampai tahap layak memegang watak utama dan selepas ini jika ada tawaran saya akan tolak kerana masih belum bersedia. Biarlah Ombak Rindu Tiada Penghujung menjadi pengajaran buat saya.

Namun, ia tidak bermakna Uqasha tidak mahu berlakon lagi didalam mana-mana teater. Selepas ini beliau mungkin akan melakonkan watak-watak kecil kerana ingin belajar tentang selok-belok pementasan teater.

Teater ini sangat unik dan memerlukan fokus yang cukup tinggi kerana semuanya dilakukan secara langsung tanpa ada sebarang kesilapan. Saya mahu belajar dari bawah dan tidak mengapa kalau hanya diberikan watak sampingan.

Kalau tidak mampu membawa watak utama daripada awal tetapi masih mahu lakukannya, Uqasha seharusnya bersedia dengan setiap kritikan yang diberikan dan bersikap lebih positif.

Sumber Berita : mStar Online

March 10th, 2016

Sebelum ini, Uqasha Senrose menerima kritikan hebat apabila bakal membawakan watak Izzah menerusi teater Ombak Rindu. Ada juga pihak mempertikaikan bakat Uqasha yang masih dianggap “mentah” dan  juga soal beliau yang bertudung agak kurang sesuai dengan watak asal Izzah dimana ada adegan yang menampilkan Izzah tidak mengenakan tudung.

Malah, pada awalnya penerbit teater Ombak Rindu mahukan artis wanita yang tidak bertudung bagi menjayakan watak popular itu.

Namun, menurut penerbit tersebut iaitu Siti Rohaya Atan, mereka sebelum ini sudah memilih beberapa pelakon popular seperti Siti Saleha dan Amyra Rosli, tetapi masing-masing mempunyai komitment lain dan akhirnya membuat keputusan untuk memilih Uqasha sebagai pelakon utama.

Buat Siti Rohaya, lakonan Uqasha bagus selain mempunyai daya penarik dari segi kejelitaannya.

Soal Uqasha bertudung bagi saya itu hanyalah satu masalah kecil. Memang dalam novel Ombak Rindu 1, 2 dan 3, watak Izzah tidak bertudung. Apabila pelakon untuk watak Izzah bertudung, kami tiada masalah untuk disesuaikan dengan penampilannya.

Mahu atau tidak, mereka perlu utamakan pelakon popular dan ada rupa untuk dijadikan satu tarikan penonton membeli tiket. Bagaimanapun, mereka tidak sesekali berkompromi soal bakat.

Mereka yang dipilih mesti ada bakat, bukan hanya mengambil pelakon berwajah cantik atau kacak saja kerana ini pentas teater yang berbeza dengan lakonan di TV atau pun di layar perak.

Harapnya percaturan penerbit untuk menggunakan rupa dan populariti Uqasha Senrose demi menarik perhatian ramai menonton teater Ombak Rindu tidak salah. Uqasha juga harus membuktikan beliau mempunyai bakat  apabila diberikan watak yang agak berat dalam pementasan teater tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro