Written by Bella | June 30th, 2015

Baru-baru ini, Syafiq Kyle telah tampil menjelaskan status sebenar hubungan beliau bersama Uqasha Senrose selepas  ada  ura-ura mengatakan mereka kini sudah berpisah kerana sudah jarang dilihat bersama. Namun, Syafiq mengesahkan mereka masih lagi bergelar pasangan kekasih.

Mengakui terkejut dengan kenyataan teman lelakinya itu, Uqasha bagaimanapun merasa terharu dengan pengakuan yang dibuat oleh Syafiq kerana  selama mengenali kekasihnya itu, Sayfiq disifatkan sebagai seorang yang tidak suka mendedahkan perihal peribadi pada umum.

Apa yang saya kenal dia, dia memang susah nak berkongsi tentang hal peribadi sebab itu saya terkejut apabila dia buat kenyataan begitu. Kami pun sudah lama tidak berjumpa dan meluang masa bersama sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran tetapi bila ada masa, kami akan berhubung.

Zaman sekarang ada macam-macam cara dan teknologi untuk kita berhubung. Saya terbaca kenyataannya itu di Twitter. Masa saya baca tu, saya hanya tersenyum saja dan terharu. Kalau dia dah mengaku macam tu, saya rasa tak perlu saya nak komen apa-apa.

Uqasha memberitahu sebenarnya beliau bukan sengaja mahu menyembunyikan status hubungan beliau bersama Syafiq tetapi beliau ingin menjaga adab dan keperibadian sebagai seorang wanita dimana ia tampak tidak manis jika beliau menjaja kisah mereka secara keterlaluan dan dituduh gatal.

Saya tak suka kongsi kehidupan peribadi baik di laman sosial Instagram ataupun secara terbuka. Kalau di Instagram saya, saya lebih suka berkongsi perkembangan kerjaya. Sebagai perempuan, tak manis pula kalau kita yang bercerita, nanti nampak macam kita lebih-lebih pula. Tak mahu nanti orang nampak macam kita yang gatal. Jadi, saya kena jaga maruah saya.

Kadang-kadang kalau kita terlalu mendedahkan soal peribadi terutama sekali kisah percintaan ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi. Nanti bila tak menjadi ramailah yang mengeluarkan kata-kata cacian yang membuatkan empunya diri malu.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

 

Written by Bella | June 26th, 2015

Hubungan cinta yang terjalin antara aktor Syafiq Kyle dan Uqasha Senrose bukan lagi satu berita baru, malah pihak media serta minat sering bertanya pelbagai soalan kepada mereka. Mengakui sudah bosan dan rimas apabila melayan pertanyaan berkaitan kisah percintaannya, Syafiq menjelaskan Uqasha masih lagi kekasihnya.

Kisah peribadi saya tidak menarik pun untuk dikongsi. Bukan apa, saya macam orang lain juga yang melalui fasa percintaan. Jadi untuk bercerita lebih-lebih adalah tidak manis. Dia (Uqasha) masih kekasih saya.

Tidak semestinya apabila bercinta perlu kerap berjumpa. Memandangkan dia pun ada kerjaya sendiri, jadi saya faham. Begitu juga sebaliknya. Tambahan teknologi hari ini canggih, banyak cara boleh berkomunikasi.

Walaupun belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Syafiq bagaimanapun sedang berusaha sedaya upaya beliau untuk mengumpul aset hasil titik peluh sepanjang bergelar artis demi masa hadapan beliau dan keluarga.

Sepanjang tiga tahun berlakon, alhamdulillah saya sudah mengumpul harta dan aset sendiri. Akan datang saya mahu membeli rumah pula. Ia sedang diusahakan. Selepas itu baru fikir nak kahwin. Bukan apa, saya mahukan kehidupan berkeluarga lebih selesa.

Biasalah la tu kalau peminat dan media mahu tahu mengenai perkembangan terkini tentang kisah percintaan artis pujaan mereka, memanglah kadang-kala ia merimaskan tetapi mereka juga menjadi tulang belakang seseorang artis.

Sumber Berita : Harian Metro