Written by Bella | March 18th, 2015

Uqasha Senrose sebelum ini digosipkan sudah dirisik oleh seorang anak hartawan yang juga masih lagi bergelar tunang kepada seorang pelakon. Sudah tentu, mendengar khabar angin tersebut ramai yang ingin tahu siapakah jejaka tersebut. Rupa-rupanya, lelaki tersebut merupakan tunang kepada Nina Iskandar.

Didakwa sudah lama menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki bernama Ahmed Haiqal, Uqasha bagaimanapun menepis gosip mereka sedang bercinta dan meminta agar pihak yang menyebarkan berita ini memberikan bukti atas tuduhan tersebut.

Saya pernah berjumpa dengan tunang Nina itu empat tahun lalu kerana dia adalah kawan kepada kawan saya dan kami tidak pernah bercakap atau berjumpa lagi selepas itu.

Apa yang boleh saya katakan adalah kami berdua tidak mempunyai sebarang hubungan dan saya merayu kepada pihak yang menuduh saya untuk memberikan bukti sama ada dari segi ‘text’ atau gambar. Tidak adil untuk mendakwa tanpa sebarang bukti.

Walaupun tidak rapat dengan Nina Iskandar, Uqasha tidak mahu perkara ini terus berlanjutan dan tidak mahu bermasam muka dengan pelakon berasal daripada Brunei itu.

Saya tidak mahu gosip ini memberikan kesan kepada hubungan saya dan Nina. Walaupun kami tidak rapat namun saya tidak mahu gosip ini membuatkan saya dan Nina bermasam muka.

Tiada apa yang ingin saya sorokkan jadi saya memilih untuk menegakkan kebenaran. Jika boleh saya pun tidak mahu membesarkan isu ini tetapi saya perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar.

Siapa yang sanggup digelar perampas tunang orang  bukan? Eloklah perkara sudah dijelaskan sekarang dan tidak berpanjangan. Masalah yang dihadapi oleh Nina Iskandar dan Ahmed Haiqal biarlah mereka sahaja yang tahu dan selesaikan. Orang cantik, memang selalu kena gosip lebih-lebih lagi jika masih berstatus solo.

Sumber Berita: Berita Harian

 

 

Written by Bella | February 25th, 2015

Mempunyai wajah yang jelita dan manis membuatkan Uqasha Senrose menjadi idaman lelaki diluar sana. Pernah putus tunang bersama Pekin Ibrahim dan didakwa sebagai teman tapi mesra Syafiq Kyle, kini Uqasha kononya telah dirisik oleh seorang anak hartawan.

Anak hartawan tersebut dikatakan tunang kepada seorang pelakon yang masih baru dalam industri dan pernah digosipkan dengan beberapa artis wanita lain sebelum ini. Gosip liar ini tersebar apabila sebuah akhbar mingguan pada hari Ahad menyatakan Uqasha dan jejaka tersebut dikatakan pernah keluar bersama sebelum ini.

Namun, Uqasha yang tidak pasti siapakah anak hartawan yang dimaksudkan sedang mendekati dirinya hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas membacanya di akhbar. Uqasha sekeras-kerasnya telah menafikan gosip tersebut dan meminta agar tiada pihak yang menjaja kisah tidak benar tentang dirinya lagi.

Saya langsung tidak mengetahui mengenai perkara itu dan pada saya gosip berkenaan adalah mengarut dan tidak mempunyai asas.Malah saya sendiri tidak mengetahui anak hartawan mana yang dimaksudkan.

Sudah-sudahlah buat cerita tidak benar mengenai saya. Saya sendiri pun tidak faham.

Biasalah, wanita yang cantik sering akan ditimpa pelbagai gosip tidak benar apatah lagi jika mereka masih bujang. Jika tidak mahu digosipkan lagi bersama jejaka lain, mengaku sahajalah yang anda sebenarnya sudah dimiliki oleh Syafiq Kyle. Hehe

Sumber Berita: mStar Online