March 21st, 2016

Sudah secara rasmi bergelar isteri  kepada Ungku Hariz semalam, pelawak popular Jihan Muse mula berharap agar beliau dikurniakan cahaya mata secepat mungkin kerana faktor umurnya yang sudah memasuki usia 33 tahun.

Saya tidak ada rancangan untuk anak, tapi kalau boleh saya ingin cepat sebab umur saya bukan muda lagi.

Pada masa yang sama, Jihan yang sedar bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri serta akan cuba sehabis baik dan tidak akan memandang ringan perkara berkenaan.

Sembilan tahun bercinta, beliau sudah dapat belajar sedikit demi sedikit cara untuk menambat hati Ungku Hariz dan mengatasi sebarang masalah.

Selepas bergelar isteri sudah tentu tanggungjawab kita lebih besar dan apa juga yang kita lakukan perlu beritahu kepada suami berbeza dengan kehidupan bujang dahulu.

Saya tidak mahu ambil ringan tentang perkara itu dan nasib baik juga sepanjang sembilan tahun kami bercinta ini dia sudah melatih saya untuk sentisa beritahu apa yang saya lakukan.

Bagi saya yang penting ialah komunikasi walaupun kami masing-masing sibuk dengan kerjaya. Namun saya tidak menafikan kata orang kehidupan berkahwin berbeza daripada bercinta dan saya harap kami dapat laluinya dengan baik.

Walaupun sudah berkahwin, Jihan tetap akan aktif dalam bidang seni seperti biasa. Malah, beliau mendapat sokongan Ungku Hariz yang tidak melarang beliau untuk melakukan apa sahaja demi karier Jihan asalkan isterinya itu tahu menjaga diri.

Wah memahami betul suami Jihan bukan? Soal anak pula, inshaAllah kalau ada rezeki dapatlah Jihan dan Ungku Hariz bergelar ibu dan bapa dengan cepat. Apa yang penting usaha dan doa kepada Allah SWT.  Semoga perkahwinan anda berdua kekal sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online

 

March 20th, 2016

Jihan Muse akhirnya telah bergelar isteri kepada Ungku Hariz pada jam 3.20 petang tadi selepas sembilan tahun bercinta.

Majlis yang berlangsung di laman kayangan Shah Alam itu cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak. Jihan dan Ungku Hariz tampak cukup anggun dan segak dalam busana rekaan Rizman Ruzaini.

Jihan ketika ditemui pihak media sempat meluahkan rasa syukur kerana hubungan beliau dan Ungku Hariz ke jinjang pelamin jua. Jihan berharap perkahwinan beliau akan diberkati dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya (majlis) berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan pada saat-saat akhir kerana kesibukan kami berdua dengan komitmen kerja.

Saya berharap perkahwinan akan berkekalan ke akhir hayat kami dan diberkati. Walau kami sudah lama berkawan masih banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari selepas berkahwin. Kami percaya tolak ansur dan musyawarah sangat penting dalam setiap perkara yang kami lakukan.

Difahamkan majlis resepsi pasangan tersebut yang bertemakan klasik bakal diadakan pada 27 Mac ini di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Jihan dan Ungku Hariz, sembilan tahun bercinta bukanlah satu perkara yang mudah tetapi kekuatan cinta menyatukan mereka dalam satu ikatan yang sah pada akhirnya.

Berikut kami sertakan beberapa foto khas sekitar majlis akad nikah Jihan dan Ungku Hariz dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit foto: Project2pi

March 19th, 2016

Selepas 9 tahun bercinta, pelawak dan pengacara Jihan Muse mengumumkan beliau bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada hari Ahad ini.

Jelas Jihan, beliau dan pasangan sudah lama merencana untuk bernikah tetapi terpaksa menangguhkan hasrat mereka kerana sibuk dengan kerjaya.

Alhamdulillah setelah sembilan tahun menyemai kasih akhirnya kami bakal disatukan sebagai suami isteri pada Ahad ini. Jadual yang padat antara faktor kami mengambil masa yang lama untuk berkahwin.

Tambah Jihan, Ungku Hariz merupakan seorang yang cukup memahami dirinya dan sentiasa berada disisi beliau ketika waktu susah dan senang.

Tahniah kami ucapkan kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz, semoga segala perancangan pernikahan mereka esok berjalan dengan lancar. Ini lah kata orang kalau jodoh tidak kemana, 9 tahun bercinta akhirnya berakhir di jinjang pelamin jua.

Sumber Berita : BH ONLINE