February 3rd, 2016

Semalam, Stacy mengumumkan tarikh pernikahan beliau dan Akim yang bakal diadakan pada hari Jumaat ini secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah dan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga pengantin sahaja.

Pasangan merpati dua sejoli ini bakal bernikah pada jam 10 pagi dan majlis resepsi mereka akan diadakan pada sebelah malam juga pada hari yang sama.

Bercerita mengenai majlis tersebut, Stacy memberitahu beliau memilih persalinan dengan tema warna biru untuk digayakan pada malam perkahwinan beliau.

Majlis pernikahan dan resepsi yang bakal berlangsung pada Jumaat ini dirancang secara sederhana atas permintaan keluarga. Saya pula memilih rona biru kerana ia adalah warna kegemaran saya.

Majlis resepsi pihak lelaki pula akan diadakan pada 26 Februari ini di Johor Bahru dimana Akim turut menjemput peminat beliau untuk sama-sama memeriahkan majlis berkenaan.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk Stacy dan Akim menjadi suami dan isteri. Jangan risau dan jangan takut, tenangkan diri dan kami berharap segalanya akan berjalan lancar nanti.

Sumber Berita: Berita Harian

December 23rd, 2015

Gara-gara memuat naik satu video yang berkaitan dengan perayaan Krismas di akaun Instagram miliknya, penyanyi Stacy telah dikritik dan perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada peminat beliau.

Ada yang mempersoalkan mengapa Stacy harus meraikan Krismas sedangkan beliau sudah memeluk Islam pada bulan Ogos lepas.

Walaubagaimanapun, tidak semua peminat beliau yang cepat melatah. Berdasarkan beberapa komen, apa yang dilakukan oleh Stacy semata-mata kerana ingin menghormati ahli keluarga beliau yang beragama Kristian serta tidak memutuskan pertalian darah antara mereka.

Malah, ia adalah satu perkara biasa buat penduduk di Sabah dimana setiap daripada mereka akan saling menghormati dan meraikan perayaan agama lain dengan batas tertentu.

Ramai orang sekarang yang mahu berlagak alim dan seakan menganggap diri mereka Tuhan dimana mereka menentukan dosa dan pahala orang lain. Sebelum kritik, cuba cermin dahulu diri sendiri adakah sudah cukup sempurna?  Bersabarlah Stacy, kami yakin anda mempunyai alasan tersendiri berhubung perkara ini.

October 14th, 2015

Sudah mengikat tali pertunangan pada 26 September lepas, Stacy dan Akim telah melangkah setapak ke hadapan dalam persiapan mereka untuk berkahwin sekitar tahun depan.

Baru-baru ini, pasangan tersebut telah selesai menghadiri kursus kahwin  di sebuah tempat yang dirahsiakan pada hari  Isnin lepas. Stacy sempat meluahkan rasa syukur kerana kursus itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Stacy juga telah memeluk agama Islam menggunakan nama Ummu Shaikhah Stacy Anam. Meskipun sudah bertahun lamanya mempunyai hubungan dengan Akim,  penyanyi lagu Not For Sale itu menegaskan hasrat beliau untuk berhijrah lahir daripada hatinya sendiri.

Alhamdullilah semua langkah Akim dan Stacy untuk berkahwin dipermudahkan jalannya. Tidak sabar kami nak lihat anda berdua bersanding di pelamin, semoga bahagia sehingga akhirnya.

Sumber Berita: Utusan Online

 

August 26th, 2015

Keputusan Stacy untuk memeluk agama Islam beberapa hari lepas nampaknya tidak diterima baik oleh sesetengah pihak, malah ada sahaja mulut yang mempertikaikan mengapa penyanyi lagu Not For Sale itu bertukar agama.

Masih lagi dituduh mempunyai niat tersembunyi dan hanya di pengaruh oleh Akim untuk bergelar seorang muslim, Stacy telah meluahkan rasa terkilan di Instagram terhadap sikap mereka yang memandang negatif kepadanya.

I  was wondering if i’m just Stracie, this thing will be more easier and some people will accept and wouldn’t care for what i’ve decided..i don’t ask for acceptance. I just need a positive support..humanity. Just imagine if this happen to you or your family. I understand how upset you feel..and i’m sorry..i’m just a HUMAN..who needs a real support and help to understand my situation..

stacyWalaubagaimanapun, masih ada pengikut beliau di Instagram yang menyokong beliau termasuklah beberapa rakan artis lain. Mereka menasihatkan Stacy agar terus bersabar dalam menghadapi dugaan tersebut.

Sepatutnya kita sebagai saudara yang sama agama haruslah berikan ruang serta sokongan kepada saudara Islam kita yang baharu dan bukan membuat spekulasi dan mengkritik perbuatan beliau. Kepada Stacy, teruskan bertabah dan jangan pernah putus asa untuk mengenali Islam.