March 13th, 2015

Sudah mencecah umur 41 tahun dan beberapa tahun mendirikan rumah tangga, Datin Paduka Umie Aida memberitahu beliau terasa sunyi didalam hati tanpa kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan beliau selepas dua orang anak  angkat beliau meningkat dewasa.

Mengakui sukar untuk hamil kerana  mempunyai masalah kesihatan, Umie Aida redha dengan segala ketentuan olehNya.

Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya.

Mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang sibuk dengan hal masing-masing, primadona ini merancang untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat jika mendapat keizinan daripada suami tercinta.

Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.

Aktres tersebut kerap menghabiskan masa berkunjung ke rumah kebajikan, meluangkan masa bersama kanak-kanak yang memerlukan dan sememangnya rapat bersama anak-anak buahnya.

Lebih kurang dua atau tiga tahun lalu, saya pernah menjaga seorang kanak-kanak lebih kurang seminggu. Tetapi kerana kurang mendapat kebenaran dari suami, saya batalkan niat itu. Disebabkan terlalu sukakan budak-budak, saya rapat dengan anak-anak buah.

Kami memahami perasaan seorang perempuan yang menginginkan zuriatnya sendiri tetapi sukar untuk hamil. Ramai juga wanita diluar sana yang masih belum dikurniakan rezeki untuk mengandung, mungkin juga Umie Aida boleh mencuba alternatif lain untuk menjadi seorang ibu. Setiap dugaan pasti akan ada penamatnya yang bahagia. InshaAllah.

Sumber Berita: Media Hiburan

 

March 3rd, 2014

Ketika kes penceraian rakan baiknya, Erra Fazira menjadi perbualan ramai, status perkahwinan Umie Aida turut sama menjadi tanda tanya orang ramai. Berkahwin pada 14 Mac 2010, khabar angin bertiup kencang mengenai rumah tangga Umie dan Datuk Paduka Khairuddin yang kononnya sedang bergolak. Malah beberapa keping gambar dan video yang dimuatnaik oleh Umie Aida ke laman Instagram seolah-olah menguatkan lagi khabar angin tersebut.

perkahwinan umie aida

Ditanya mengenai kebenaran ura-ura ini, Umie Aida menerangkan menerusi BiPop yang rumah tangganya masih OK. Kata Umie Aida:-

Mana-mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kita kan manusia? Masing-masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuatnaik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi tidaklah sampai ke arah itu (bercerai).

Rumah tangga kami masih OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian itu jalan terakhir yang baik atau sebaliknya. Kita tidak mampu melawan kehendak qada dan qadar. Saya mengharapkan yang terbaik untuk rumah tangga kami, biar bahagia sampai ke jannah.

perkahwinan umie aida

Kalau ditanya pada Abang Nara, mana ada wanita yang mahukan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian melainkan ia tidak dapat dielak 100%. Semoga dengan penerangan Umie Aida ini, segala persoalan telah terjawab. Kita sebagai peminat doakanlah kebahagiaan rumah tangga mereka. Apa pun, kalau ada cahaya mata, pastinya akan lebih kuat ikatan suami isteri antara Umie dan Datuk Paduka Khairuddin. Semoga dimurahkan rezeki.
perkahwinan umie aida

P.S: Hubungilah mana-mana ejen di atas untuk mendapatkan produk foundation terbaik demi wajah cerah dan “flawless” serta merta. Anda pasti akan kagum dengan kehebatan 100% original Naturactor Cover Face/Meiko dari Jepun ini.  Tak percaya? Tengok testimonial di Facebook Naturactor, Instagram EleganceCosmetics dan juga blog Naturactor.