November 21st, 2019

Bahagia sungguh apabila melihat rumah tangga pelakon Shukri Yahya dan Tya Adnan yang nampak sempurna. Tak cukup berdua, perkahwinan mereka diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung, Aaira Ameena pada tahun 2016.

shukri yahya tya adnan

Baru-baru ini, Shukri Yahya ada memberi ‘hint’ menerusi entri Instagramnya yang dia mahukan anak lagi.

 

View this post on Instagram

 

Happy Anniversary Sayang @tyaadnan Thank you sebab jadi Wife & Mommy yang HEBAT untuk kami! kita gemok sama2, kita kurus sama2, kita tua sama2 okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu ? 20 Nov

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya) on

Ternyata, doa pelakon lelaki itu terjawab dalam sekelip mata apabila Tya membuat kejutan kepada suaminya itu pada ulang tahun perkahwinan mereka.

 

View this post on Instagram

 

MashaAllah Tabarakallah.. ??

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

Gayanya seperti mahu menghadiahkan telefon bimbit baru kepada suaminya tetapi rupanya terdapat ujian kehamilan dengan tanda positif di dalam kotak tersebut.

Shukri Yahya nyata terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia bakal mendapat cahaya mata baru dan kegembiraan pasangan itu turut dikongsi bersama anak perempuan mereka yang turut sama berada di situ.

Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini! Harapnya semua berjalan dengan lancar.