February 15th, 2013

Susulan kedatangan Psy ke Malaysia dengan bayaran yang dikatakan mencecah RM2 juta, Datuk Siti Nurhaliza meluahkan isi hatinya terhadap kehadiran artis luar. Bagi Siti, pihak penaja seharusnya memberikan peluang yang sama rata terhadap artis tempatan.

siti nurhaliza

Kalau tak silap Abang Nara, bayaran untuk persembahan daripada Datuk Siti Nurhaliza adalah yang paling mahal sekali untuk artis tempatan. Namun tidaklah sampai ke tahap apa yang diterima oleh Psy. Berkata kepada Astro Awani, Siti menafikan yang pendapatnya berbaur politik sebaliknya hanya menyuarakan isi hati sebagai artis tempatan. Kata Siti:-

Ia lebih kepada suara saya sebagai artis Malaysia, lebih-lebih lagi ia melibatkan maruah artis-artis lain juga. Kami terfikir sendiri apakah akan lebih bagus sekiranya peluang itu diberikan kepada artis tempatan. Saya bukannya menolak kedatangan artis dari luar negara. Malah saya sendiri gunakan sebahagian daripada lagunya dalam persembahan saya sendiri. Namun, luahan saya lebih terjurus kepada pihak-pihak penajaan yang sepatutnya memberikan peluang yang sama kepada artis tempatan, kalau tidak pun separuh daripada apa yang artis antarabangsa perolehi.

siti nurhaliza

Ada benarnya kata Datuk Siti Nurhaliza tue kan? Selama ini pun Abang Nara baca memang susah betul artis tempatan nak dapat tajaan kalau nak but konsert. Sampai kena merayu-rayulah. Semoga selepas ini artis tempatan akan diberi peluang yang sama rata. Lagi 7 keping gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar MediaSemasa.

yatt hamzah

P.S: Klik sini untuk mengetahui rahsia kecantikan Yatt Hamzah.

siti nurhaliza
siti nurhaliza
siti nurhaliza
siti nurhaliza
siti nurhaliza
siti nurhaliza
siti nurhaliza

January 19th, 2011

koleksi kasut

Ok Abang Nara akui yang Abang Nara memang tak tahu menahu pasal kasut. Tapi kalau dah namanya kasut Datuk Siti Nurhaliza, mesti harga mahal gila kan? Mungkin pembaca perempuan kat sini boleh komen sikit tentang kasut-kasut milik Datuk Siti nie. Abang Nara haram tak tahu satu apa pun.

Oh ye, info yang Abang Nara terima tentang ABPBH ialah jumlah undian agak berkurangan sedikit berbanding tahun lepas sebab tahun nie Datuk Siti tak join. Nampaknya kedivaan Datuk Siti memang tak boleh ditandingi lagi oleh artis-artis lain. Mungkin dalam masa 5 tahun lagi barulah artis lain boleh jadi artis nombor 1 Malaysia. Setakat hari ini, kami rasa Datuk Siti tetap artis paling unggul di Malaysia walaupun tak bertanding ABPBH.

Lagi gambar koleksi kasut Datuk Siti Nurhaliza dengan membaca entri ini sepenuhnya. Follow Datuk Siti di Twitter untuk tweet-tweet yang tersangat comel daripadanya. Kredit gambar kepada CuteCarry.

koleksi kasut

koleksi kasut

koleksi kasut

koleksi kasut

January 10th, 2011

twitterdatuksiti2

Menarik sungguh apabila Datuk Siti Nurhaliza sudah pun mempunyai Twitter yang rasmi. Dan tepat jam 12 malam ini, Datuk Siti bakal menyambut hari jadinya yang ke 32. Doa kami dan jutaan peminat anda sudah pastinya agar Datuk Siti cepat-cepat dapat menimang cahaya mata.

Untuk anda semua, sila follow Twitter Datuk Siti Nurhaliza di @siti_nur11. Setakat ini baru 130 orang yang follow Datuk Siti. Ini sungguh memalukan untuk sesorang yang bertaraf Diva. Paling minimum Datuk Siti kena ada 50,000 follower. Baru diva da vas gitu.

Cepat pergi follow dia sebab Datuk Siti suka tweet gambar-gambar dia yang comel. Tak percaya sila baca entri ini sepenuhnya untuk melihat gambar-gambar yang telah ditweet oleh Datuk Siti.

twitterdatuksiti

twitterdatuksiti3

twitterdatuksiti4

twitterdatuksiti5

twitterdatuksiti6