February 14th, 2011

sharifah sofia

Sharifah Sofia yang sedang sarat mengandung nampak sangatlah comel di dalam gambar di atas. Tahniah Abang Nara ucapkan terlebih dahulu terhadap bakal anak kelak. Semoga anak yang bakal dilahirkan sihat-sihat hendaknya. Dan tahniah juga Abang Nara ucapkan kepada Sharifah Sofia dan suami kerana tidak menyambut Valentine. Tak macam sesetengah artis kita yang menyambutnya walaupun telah difatwakan sebagai haram.

sharifah sofia

Abang Nara ada jugak ikuti Twitter Sharifah Sofia. Menarik jugak beberapa persoalan yang dikeluarkan oleh Sharifah Sofia. Dan paling menyebabkan Abang Nara terharu ialah jawapan-jawapan dari followers Sharifah Sofia. Interaksi yang cukup bagus antara 2 pihak. Inilah yang sepatutnya berlaku antara artis dan peminat. Mana yang tak tahu, kita bagitau. Mana yang tak betul, kita tegur. Tak gitu?

sharifah sofia

sharifah sofia

Kiranya Twitter bukanlah sekadar tempat perkongsian borak-borak kosong. Kadang-kadang borak ilmiah sebegini diperlukan. Satu persoalan terakhir dari Sharifah Sofia agak menarik jugak untuk dijawap. Abang Nara tinggalkan persoalan ini kepada pembaca BeautifulNara untuk menjawapnya.

sharifah sofia

Tahniah sekali lagi kepada Sharifah Sofea atas kandungannya dan atas tidak menyambut Valentine Day.