November 26th, 2010

Gila kentang. Hebat sungguh penangan Lisa Surihani menjadi artis Malaysia pertama yang mempunyai fans Facebook berjumlah 1 juta orang. Inilah yang anda bakal dapat apabila bergelar seorang artis yang bersih, tiada kontroversi, mesra peminat dan yang paling penting, comel macam Hagemaru.

Tengok betapa bagusnya Lisa menjaga hati peminatnya dengan merakamkan satu video khas mengucapkan terima kasih atas kejayaan Fans Facebook Lisa Surihani mencapai angka 1 juta. Nampak sangat Lisa memang benar-benar menghargai peminatnya.

Kepada Lisa, keep your head down (speaking omputih pulak). Teruskan humble sebegini. Tingkatkan prestasi dan elakkan kontroversi. Tahniah Lisa!!!

P.S: Alang-alang tolong like Facebook Fans BeautifulNara.com jugak. Hehehe

October 28th, 2010

lisa surihani

Tak terlambat rasanya untuk kami di BeautifulNara mengucapkan jutaan tahniah kepada Lisa Surihani atas kejayaannya merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 23. Harap-harap kejayaan ini tidak akan membutakan mata Lisa Surihani sebaliknya akan terus berusaha untuk memantapkan lagi lakonannya.

Ikhlas kami cakap, lakonan Lisa belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Tapi tak apa, perlahan-lahan baiki mutu lakonan dan yang paling penting jangan lupakan peminat. Kalau boleh sekali sekala amiklah watak yang mencabar sedikit. Nak jugak tengok lakonan Lisa diuji dengan watak-watak lain daripada biasa.

Apa pun buat peminat Lisa, enjoy gambar-gambar Lisa Surihani serba hijau di FFM23 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kesemuanya diambil dari Facebook Lisa Surihani.

lisa surihani

lisa surihani

lisa surihani

lisa surihani

lisa surihani

October 18th, 2010

gambar kembar lisa surihani

Kata orang, di dunia ini ada 7 (ke 10?) orang yang muka lebih kurang sama dengan kita. Nampaknya Lisa Surihani telah menjumpai salah seorang yang berwajah mirip dengannya. Sekali imbas memang serupa tak hengat. Dua kali imbas dah nampak perbezaannya sikit. Lisa Surihani tetap lebih cun dan lebih ayu di mata kami.

Kami masih tidak mendapat maklumat siapakah gerangan wanita yang berwajah mirip Lisa Surihani ini. Mungkinkah dia merupakan salah seorang pelakon di benua Eropah? Kalau anda ada info, sila tinggalkan info anda di ruangan komen. Mana tau si kember Lisa ini adalah makwe/gf/makcik/kakak anda. Kami perlukan info anda sekarang jugak.

Lagi gambar kembar Lisa Surihani dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar sumber dari Forum Cari.

gambar kembar lisa surihani

gambar kembar lisa surihani

August 26th, 2010

lisasurihani

Aduh. Lawa sungguh pelakon pujaan hati BeautifulNara nie. Gugur jantung dibuatnya. Lama pulak rasanya tak post gambar atau cerita pasal Lisa Surihani. Jadi ini entri sekadar untuk pengubat rindu peminat-peminat Lisa. Sila jangan marahkan kami.

Dan untuk pengetahuan fans Facebook Lisa Surihani sudah pun menjangkau 600 ribu orang. Memang gile. Facebook BeautifulNara tak cecah 15 ribu orang pun lagi. Korang memang kejam. Mementang la Lisa lawa.

Untuk Lisa, taknak buat berbuka puasa bersama peminat ke? Mesti ramai yang nak join kalau ada jemputan berbuka puasa bersama-sama. Please anjurkan ~~

P.S: Tapi secara ikhlas lakonan Lisa masih tak berapa mantap lagi. Lisa masih muda so still boleh improve lagi. Moga-moga mampu menjadi heroin nombor 1 Malaysia suatu hari nanti.