November 30th, 2011

Abang Nara memandu sebuah Myvi. Dah dekat 4 tahun Abang Nara membawa Myvi hitam ini merentasi jalan-jalan di KL, pulang ke kampung di Kelantan dan bersiar-siar ketika cuti-cuti Malaysia. Setakat ini prestasi kereta terutamatanya enjin Myvi Abang Nara masih tip-top. Ini semua kerana Abang Nara sentiasa membuat servis on time di Perodua.

perodua tweckbot

Namun begitu, semenjak dua menjak ini akibat kesibukan yang melanda diri ini, Abang Nara tak sempat menghantar Myvi kesayangan untuk servis. Last Abang Nara servis ialah masa time Hari Raya Puasa hari tue. Rasa-rasanya dah lebih daripada 15,000 km semenjak last servis. Ini agak bahaya dan boleh menyebabkan kerosakan pada enjin. Nasib baiklah Perodua ada perkhidmatan Perodua TweckBot.

perodua tweckbot

Hanya dengan menggunakan twitter kini Abang Nara tak perlu bersusah payah menghantar Myvi kesayangan ke Perodua untuk membuat check up. Minggu lepas Abang Nara telah menghantar tweet kepada Twitter @MYPerodua memohon agar membuat check up Myvi Abang Nara. Kebetulan pulak mereka berada di Bukit Jalil ketika itu. Memang rezeki Abang Nara betul.

perodua tweckbot

Maka bermulalah 20-point check up untuk Myvi Abang Nara oleh team Tweckbot Perodua. Jangan risau tentang keupayaan mereka kerana mereka sememangnya pekerja Perodua. Semuanya mesra-mesra dan kelakar-kelakar belaka. Yang penting, kecekapan mereka membuat check up Myvi Abang Nara memang mengkagumkan.

perodua tweckbot

Bukan setakat enjin yang dibuat check up, angin pada tayar kereta pun turut diperiksa sama ada cukup atau tidak.

perodua tweckbot

Dan semasa check up dilakukan, barulah Abang Nara tahu yang lampu sebelah kanan Myvi Abang Nara dah rosak rupanya. Patutlah malap semacam je masa Abang Nara drive selama ini.

perodua tweckbot

Tak sampai setengah jam, check up yang dilakukan pun selesai. Jangan risau sebab team Perodua Tweckbot ini akan memberikan anda senarai check up yang telah dilakukan. Untuk makluman, team Perodua Tweckbot hanya sekadar membuat check up, anda masih perlu membawa kereta Myvi anda ke Perodua untuk diservis berdasarkan keputusan check up yang diberi.

perodua tweckbot

Jadi sekarang ini, Abang Nara hanya perlu membawa checklist di atas dan memberikannya kepada mana-mana service centre Perodua. So diorang akan men”servis” Myvi Abang Nara berdasarkan checklist di atas. Paling menarik siap boleh dapat 15% diskaun untuk spare part yang bakal ditukar. Cool kan?

perodua tweckbot

Inilah wajah-wajah team Perodua Tweckbot yang telah sudi untuk singgah dan membuat check up ke atas Myvi Abang Nara. Anda pun boleh jugak mendapatkan servis yang sungguh menarik daripada Perodua ini. Apa yang anda perlu lakukan ialah hanya follow Twitter @MYPerodua atau ‘Like’ laman www.facebook.com/MYPerodua untuk mengetahui llokasi Tweckbot. Untuk orang JB, Ipoh dan Lembah Klang, pastikan anda lakukan salah satu perkara di atas kerana Perodua Tweckbot akan berada di sekitar sana untuk 3 weekend berturut-turut bermula minggu ini (Jumaat, Sabtu dan Ahad).

perodua tweckbot

Terima kasih Perodua atas perkhidmatan ini. Anda sememangnya mengutamakan pelanggan anda. Tabik respek!!!