Written by AbangNara | February 12th, 2011

Saya ada seorang tunang. Nama tunang saya adalah rahsia. Saya sayang tunang saya kerana dia sangat cute, baik hati dan comel. Kalau diletakkan Lisa Surihani dengan tunang saya sebelah menyebelah, saya akan pilih Diana Danielle. Eh silap, saya akan pilih tunang saya. Hobi tunang saya ialah membuat aksi comel ala-ala Hagemaru di depan kamera. Di mana-mana dan bila-bila masa sahaja, tunang saya akan ambil gambar.

1. Ketika makan

nikon

2. Ketika menyapu sampah di halaman rumah

nikon

3. Ketika ternampak butik LV di KLCC

nikon

Kiranya, di mana-mana sahaja tunang saya akan berposing dan kemudiannya menyuruh saya mengambil gambar comelnya. Selaku tunang yang baik hati, saya hanya menurut perintah dan meng”snap” gayanya dengan menggunakan telefon Blackberry. Suatu hari tunang saya berkata :-

[note]Abang yang kacak lagi bergaya. I rasa la kan, gambar I pasti akan lebih comel dan cute kalau you ambil guna kamera yang bermutu tinggi. Tak berapa cantik sangat la gambar I dengan kamera Blackberry you tue [/note]

Ayat di atas telah diubah supaya anda tidak muntah darah. Mendengar kata-kata tunang saya, saya pun membelek balik gambar-gambar yang telah kami berdua ambil. Memang betul gambar-gambar tersebut agak tidak clear. Orang putih kata “kureng sikit”. Maka suatu hari saya telah membuat kejutan dengan membeli sebiji kamera untuk memuaskan nafsu bergambar tunang yang tercinta. Inilah kameranya.

nikon

Nikon CoolPix s1100pj sememangnya kamera terbaik untuk memenuhi permintaan tunang saya. Dengan harga yang berpatutan, saya kini memiliki sebuah kamera yang boleh dimuatkan di dalam seluar jeans ketat saya. Kini saya adalah seorang kamera bergerak. Tunang saya tersenyum riang seperti seorang budak 3 tahun mendapat Choki-Choki. Lantas tunang saya berkata:-

[note] Wahhhhhhhhhhhh. Bestnya kamera nie. Dah la skrin ambil gambar dia besar sampai boleh muat satu badan kalau I nak berposing nanti. Paling I suka semua bendanya touch screen je. Memang best la kamera nie. Ini yang buat I makin saying dekat you nie. [/note]

nikon

Untuk menunjukkan kemachoan, saya dengan pantas memegang kamera tersebut dan dengan poyonya menerangkan beberapa fungsi dan kelebihan kamera Nikon CoolPix s1100pj kepada si dia yang tercinta. Bukan apa, perempuan akan lebih teruja apabila pakwenya nampak macam serba pandai dalam bab-bab gadjet nie. Time inilah saya nak score markah lebih sikit. Tak gitu?

[note] Sayang, do you know that kamera ini boleh focus gambar dan video boleh focus sampai 5 kali ganda? Kalau lepas nie you nak suruh I focus kat bulu mata you yang lentik macam Rozita Che Wan tue pun boleh. Paling best, sound system kamera nie masa rekod video memang tip top. Cuba you tengok video konsert Aizat yang I rakam untuk you hari tue [/note]

Adat percintaan, sudah semestinya ada rajuknya. Kalau lelaki merajuk memanglah tak boleh kan? Perempuan je lah yang merajuk. Suatu hari yang hening, tunang saya telah merajuk. Lama jugak dia merajuk. Pening kepala saya fikirkan macam mana nak pujuk. Akhirnya saya dapat idea untuk menggunakan fungsi Projectile di kamera Nikon CoolPix s1100pj ini untuk membuat satu video pujukan buat si dia.

Super coolkan fungsi projectile nie? Kalau korang kreatif, bukan setakat boleh digunakan untuk memujuk si awek yang tercinta, siap boleh gunakan projectile dari kamera nie untuk propose awek korang. Tak percaya? Tengok video kat bawah nie:-

Tunang saya sudah jatuh cinta dengan kamera Nikon CoolPix s1100pj ini. Kalau anda seorang lelaki dan awek/tunang/isteri anda seorang “camwhore”, saya memang galakkan anda membeli kamera ini sebagai hadiah untuk si dia. Ada 4 warna untuk dipilih:-

nikon

Pesanan saya cuma satu, jangan teruja sangat dengan kualiti gambar dan video kamera Nikon CoolPix s1100pj sampai korang buat video terlampau pulak. Kang tak pasal-pasal femes satu Malaysia. Saya tinggalkan anda dengan gambar tunang saya berposing comel menggunakan video kamera Nikon CoolPix s1100pj. Kini dia semakin comel ~~

nikon

nikon

nikon

P.S: Tunang saya adalah milik saya. Sila jangan jatuh hati.

P.P.S: Sebabkan ramai yang tanya, harga kamera ini ialah RM1049

Written by AbangNara | November 11th, 2010

diana danielle

Ape anda akan rasa kalau pakwe/tunang/suami anda asyik puji kecantikan wanita lain? Rasa macam diri kurang mendapat perhatian tak? (Konflik dalaman seorang wanita)

Walaupun peratusan untuk pakwe/tunang/suami anda berjaya mengorat wanita tu rendah atau hampir takda, macam dalam kes saya Abang Nara asyik memuji kecantikkan Diana Danielle atau Lisa Surihani, so rasa cemburu tu mesti ada walaupun sedikit kan?

lisa dan diana

Cantik bukan? Belum lagi penangan kak RCW. Walaupun saya seorang perempuan, saya tetap akui mereka memang cantik dan menawan. Wajah cantik, potongan menawan jauh sungguh bezanya dengan diri ini.. Alahai cik Diana dan cik Lisa. Patutlah Abang Nara asyik puji korang berdua je. Saya faham perasan lelaki macam Abang Nara, asal ada awek cun jer mesti mau usya punya.

rozita che wan

Namun dalam diam sebenarnya saya sedang berusaha untuk mengembalikan potongan badan yang mantap bersempena dengan perkahwinan kami tak lama lagi. Jangan bagitau Abang Nara yang sebenarnya saya sedang menggunakan Premium Beautiful untuk mendapatkan potongan badan seperti Rozita Che Wan. Confirm Abang Nara akan terkejut beruk bila tengok perubahan saya nanti.

premium beautiful

Rasa-rasa seksa tak nak balut badan macam ni? Nampak je rumit, tapi takdela susah sangat sebab corset Premium Beautiful ini dibuat dari 3 bahagian berasingan. Mula-mula ketat skit, tapi lama-lama senang jer. Bak kata mak saya, nak cantik memang kena susah sikit.

lisa dan diana

Selama seminggu mencuba, keistimewaan paling ketara corset ni ialah tak rasa panas langsung walaupon berbalut 8jam. Yang pastinya saya rasa lebih confident sebab semua lemak berlebihan telah ‘dipegang’ dengan mampat oleh corset ni.. Tersorok sudah lebihan lemak tu. Berkesan serta merta, hebat kan?

Selain tu, perubahan ketara ialah saya tak mampu nak makan banyak seperti selalu. Terus terfikir kalau berterusan macam ni kompem boleh dapatkan berat & potongan ideal.

Lagi satu,  sakit belakang pon dah berkurangan sbb bila pakai corset PB ni, terus je postur badan jadi betul. Duduk pon tegak jer, takdelah bongkok-bongkok lagi. Menyihatkan badan tau.

Apakah kesudahannya? Mampukah saya menurunkan berat dan dapatkan potongan badan ideal? JengJengJeng~ Nantikan !!

Sebarang pertanyaan lanjut dan untuk mendapatkan produk, sila ke website Butik Nara. Kalau nak senang lagi, silalah:-

[note]Call/Sms: 012-374 8483
Pin BBM: 2139FA61
Email: [email protected]

Klik sini Kurus, Cantik & Sihat[/note]

P/s: Ke hadapan Abang Nara, saya tahu awak redha dengan size saya yg terlebih sudah. Saya hanya nak kembalikan bentuk ideal yg awak musnahkan sebab asyik bawak pergi makan setiap kali kita berdating! Ini semua salah awak ~~