Written by Bella | July 20th, 2017

Penyanyi T.O.P daripada kumpulan popular Korea, Big Bang dijatuhkan hukuman penjara tertangguh 10 bulan atas tuduhan menghisap ganja . T.O.P ataupun nama sebenarnya Choi Seung-hyu mengakui bersalah menghisap ganja sebanyak empat kali di rumahnya di Seoul, Korea, sekitar Oktober tahun lalu.

T.O.P ketika ditemui pihak media  di mahkamah berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku dan memohon maaf kepada peminatnya.  Mahkamah berkata, jenayah berkaitan dadah memerlukan hukuman berat kerana ia memberi kesan negatif kepada keseluruhan masyarakat, tetapi penyesalan penyanyi itu berhubung tindakannya turut diambil kira.

Terdahulu, penyanyi ini dimasukkan ke wad ICU akibat kelebihan dadah. T.O.P  juga telah dibuang daripada Balai Polis Gangnam sebagai sebahagian latihan ketenteraannya kerana didapati bersalah mengambil marijuana.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | June 8th, 2017

Berita T.O.P dari kumpulan Big Bang yang dimasukkan ke wad ICU akibat overdose dadah mengejutkan seluruh peminatnya di dunia. Lebih membuatkan peminatnya sedih apabila ada khabar angin mengatakan beliau berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Namun, menurut pihak agensinya YG Entertainment, berita T.O.P  sedang kritikal itu tidak benar.

T.O.P masih berada di wad kawalan rapi dan kami sedang menanti keputusan ujian serta pendapat daripada doktor mengenai keadaannya. Apa yang pasti, penyanyi itu tidak koma seperti didakwa ramai.

Penyanyi itu masih mampu untuk membuka matanya ketika dikejutkan untuk bersarapan tetapi beliau kembali melelapkan mata dan sekitar tengah hari tiba-tiba beliau tidak dapat dikejutkan.

Setiap butiran ujian yang dijalankan kepada T.O.P dan keadaan beliau terkini akan dijelaskan selepas beliau sedar semula nanti. Pihak doktor memberitahu kandungan ubat yang diambilnya mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk keluar dari badan T.O.P sepenuhnya.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by AbangNara | June 7th, 2017

Berita ini pastinya mengejutkan peminat T.O.P dari kumpulan Big Bang. Penyanyi ini telah pun dimasukkan ke wad ICU akibat kelebihan dadah. Mengikut agensinya iaitu YG Entertainment, T.O.P kini menerima rawatan intensive akibat overdose dadah dan ditemani oleh ibunya sepanjang berada di hospital.
top bing bang

Sebelum ini T.O.P telah dibuang daripada Balai Polis Gangnam sebagai sebahagian latihan ketenteraannya kerana didapati bersalah mengambil marijuana. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat penyanyi Kpop ini. Dan sama-sama kita nantikan perkembangan terkini.