May 9th, 2016

Angry Birds merupakan salah satu game kegemaran Abang Nara di smartphone satu ketika dahulu. Ia pernah menjadi fenomena yang begitu dasyat sekali. Kalau kat smartphone tak ada Angry Birds, memang tak lengkap. Kini Angry Birds maju setapak lagi dengan kewujudan filemnya. Excited Abang Nara nak tengok burung-burung comel ini.

angry birds the movie

Akan mula ditayangkan di Malaysia pada 12 Mei ini, Abang Nara ada 50 pasang tiket dan juga cenderahati ekslusif The Angry Birds Movie untuk diberikan kepada anda. Terima kasih kepada Sony Pictures Malaysia atas kesudian menaja tayangan super duper awesome ini. Berikut adalah informasi tayangan:-

TARIKH: 11 Mei 2016 (Rabu)
MASA: 830 malam
TEMPAT: GSC Mid Valley

angry birds the movie

Sebelum anda terlebih excited, jom kita tengok sikit trailer The Angry Birds Movie ini.

Ini pula antara cenderahati-cenderahati ekslusif yang boleh menjadi milik anda.

angry birds the movie

angry birds the movie

angry birds the movie

Teruja nak menang? Senang je. Isikan borang di bawah dengan slogan “Benda yang paling buat saya marah ialah…”. Slogan yang paling kreatif dan juga penghantar penyertaan yang paling awal akan memenangi sepasang tiket The Angry Birds Movie dan juga berpeluang memenangi barangan ekslusif. Selamat mencuba!!!

Selamat mencuba!! Terima kasih sekali lagi kepada Sony Pictures Malaysia atas peluang ini.

April 13th, 2016

Yeah!!! Lama rasanya tidak menonton filem lakonan Kevin Costner yang cukup popular ketika Abang Nara kecil-kecil dahulu. Kini pelakon hebat ini muncul bersama hero zaman sekarang iaitu Ryan Reynolads di dalam filem Criminal yang mengisahkan tentang memori dan skill seorang agen CIA (yang dah mati) dimasukkan ke dalam tubuh seorang penjenayah.

criminal

Dengar pun dah macam best kan? Abang Nara dapat bayangkan aksi-aksi, mindgame, detik-detik mencemaskan dan konflik yang pasti timbul antara CIA dan penjenayah tersebut. Jom kita tengok sikit video trailernya.

Trailer pun dah superb sangat-sangat. Akan mula ditayangkan di Malaysia pada 21 April ini, Abang Nara ada 50 pasang tiket filem Criminal untuk diberikan kepada anda. Dapat tengok awal sikit berbanding rakyat Malaysia yang lain. Terima kasih kepada TGV Cinemas yang sudi menggembirakan hati para pembaca BeautifulNara. Berikut adalah infonya:-

TARIKH: 19 April 2016
MASA: 9 malam
TEMPAT: TGV Cinema 1 Utama

Macam biasa korang kena isi borang di bawah dengan melengkapkan slogan “Kalau saya jadi agen CIA saya akan…”. Yang paling kreatif, kelakar dan out of the box akan diberikan sepasang tiket. Untuk makluman, jumlah penyertaan untuk filem sebelum ini terlalu ramai. Jadi Abang Nara hanya akan pilih pemenang di dalam 100 penyertaan yang terawal. Tak larat nak baca banyak-banyak.

Selamat mencuba dan selamat menonton filem Criminal. Jumpa anda di hari tayangan nanti. Terima kasih sekali lagi kepada TGV Cinemas atas tiket-tiket ini.