July 12th, 2020

Seteleh bergelut dengan beberapa kontroversi membabitkan anak-anak dan rumah tangga, kini hidup To’ki lebih terurus apabila dia telah menerima sebuah rumah kediaman baru untuk dia dan isterinya.

Perkara itu telah disahkan sendiri oleh Ustaz Ahmad Shukri Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP yang sudah menyerahkan kunci rumah kediaman jenis flat tiga bilik itu kepada To’ki.

“Alhamdullilah, hari ini saya mewakili PPZ-MAIWP menyerahkan kunci rumah kepada To’ki sepertimana yang kami janjikan untuk memindahkan To’ki dan isteri kediaman yang lebih selesa,”

Hasil inisiatif PPZ itu merupakan pergerakan program tanggungjawab sosial (CSR) yang telah dijenamakan semula sebagai Khaira PPZ. Difahamkan juga, kediaman itu turut dilengkapi dengan perabot dan To’ki juga tidak perlu membawar sewa selama satu tahun.

 

Advertisement
July 1st, 2020

Pernah popular dengan lagu Seni Berzaman, To’ki kini dilaporkan mendiami pondok kecil bersama isterinya di pinggir hutan Batu 12 Gombak, Selangor sejak setahun lalu.

Menerusi laporan Astro Awani, To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur telah membina pondok yang didiaminya itu sejak tiga tahun lalu.

Dia yang kini berusia 53 tahun kini mendiami pondok usang itu ditemani isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof,48, berasa bersyukur jauh sekali mengeluh kerana masih mempunyai tempat untuk berteduh.

“Saya bina pondok ini sejak tiga tahun lalu tetapi dah duduk sini dalam setahun lebih. Walaupun nampak macam ni (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri,”

Walaupun dihujani pelbagai persepsi masyarakat mengenai kehidupannya yang seperti serba kekurangan, namun menurutnya, pondok kecil ini seolah sebuah ‘syurga’ buat dirinya dan isteri.

Dibina dengan hasil titik peluhnya sendiri, pondok tersebut mempunyai nilai sentimental yang tersendiri selain menjadi ruang ilham baginya untuk berkarya. Inspirasi untuk menghasilkan lagu baginya tidak pernah padam meskipun penglibatannya dalam dunia muzik tanah air tidaklah begitu memberansangkan.

To’ki juga masih tidak berputus asa dan berazam untuk kembali menyinar walaupun terpaksa berdepan dengan cabaran dengan pendatang baru.

Dia yang tidak gemar bercerita mengenai kesulitan hidup yang dialami ketika ini bersama isteri kerana enggan orang ramai simpati dan berprasangka buruk terhadapnya.

Namun begitu, To’ki mengakui kediaman yang dihuninya itu serba kekurangan dan perlu ditambah baik. Sudah pasti, ianya memerlukan kos yang tinggi dan To’ki meluahkan dirinya tidak mampu untuk melakukannya.

Dari segi keperluan asas seperti air minuman, To’ki memberitahu dia dan isteri perlu mengangkut air dari sungai berdekatan manakala untuk melepaskan ‘hajat’ juga perlu ke sungai kerana pondoknya itu tiada kemudahan tandas.

Menambah penderitaan, isterinya juga dilaporkan mengalami pergerakan terbatas kerana pernah patah pinggul akibat kemalangan sejak 10 Jun lalu.

Bertanyakan mengenai harapan To’ki, dia berharap supaya mempunyai rezeki yang lebih untuk memasang paip bagi membolehkan bekalan air dipam terus dari sungai ke kediamannya bagi memudahkan urusan harian.

Dia yang kini bergantung harap kepada pendapatan hasil daripada persembahan di restoran atau majlis kecil itu turut berharap nasibnya dalam industri muzik tempatan itu masih ada dalam usaha memperbaiki taraf kehidupannya kini.

Sumber: Astro Awani

Advertisement
May 23rd, 2012

Kalau Abang Nara jadi To’ki memang confirm Abang Nara sedih tahap 7 petala langit. Mana taknya, kena chop jadi peminta sedekah. Bagi seseorang yang masih mempunyai kudrat untuk mencari rezeki, itu merupakan satu penghinaan yang amat tinggi. Tuduhan tersebut wujud hanya kerana To’ki sering kelihatan berada di Pasar Borong Selayang. Sedih tak?

toki peminta sedekah

To’ki yang dihubungi oleh wartawan Mstar Online melahirkan rasa kekesalannya dan kecewa apabila difitnah sebegitu rupa. Kata To’ki:-

Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai. Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu.

Tapi Abang Nara paling suka ayat ini daripada To’ki. Memang sempoi.

Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat?.Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu.

Yang bertambah rasa respek Abang Nara kepada To’ki ialah dia telah memaafkan mereka yang mereka cerita karut ini. Kalau dah legend tue memang legend jugak. Semoga selepas ini To’ki akan terus mencari rezeki dengan kudrat yang ada pada dirinya. Harap-harap adalah stesyen TV atau radio yang akan menjemput To’ki untuk membuat persembahan. Rindu pulak nak dengar suara mantap To’ki.

Advertisement