November 28th, 2017

Ditegur Chef Wan kerana sikap dan lawaknya yang dikatakan agak terlampau, Nabil Ahmad pada konsert Gegar Vaganza 2017 minggu lalu cuba untuk mengawal setiap kata-katanya dan mengubah gaya pengacaraannya. Kalau ada lihat, lucu jugaklah Nabil dengan ayat-ayat yang agak skema dan berubah menjadi seorang yang lebih serius.

Antara kata-kata Nabil ialah:-

Mungkin anak-anak kecil akan tengok, mungkin ia akan jadi pengajaran untuk semua orang, jadi nak berubah untuk lebih baik.

Mengenali Nabil sebagai seorang yang nakal dan kelakar, juri GV 2017, Datuk Ramli MS ataupun Tok Ram meminta Nabil untuk menjadi diri sendiri dan tidak terlalu memikirkan kritikan orang lain.

Just be yourself. Kau bayar bil sendiri, bukan orang lain.

Malah, netizen juga bersetuju dengan kata-kata Tok Ram dan mahu Nabil yang kelakar dan nakal itu kembali memeriahkan rancangan tersebut.

Siapa yang tonton GV 2017 minggu lalu? Apa pula pendapat anda? Rasanya Nabil boleh sahaja terus berlawak asalkan tidaklah membangkitkan isu sensitif.

June 21st, 2017

Pengarah muzik, Datuk Ramli MS baru-baru memuat naik status yang cukup hangat apabila meluahkan rasa bengangnya terhadap stesen televisyen yang hanya ingin membayar artis RM300 untuk menjayakan program malam raya. Ramai yang tertanya adakah Tok Ram tidak puas hati kerana mungkin artis yang dimaksudkan itu adalah isterinya, Datin Alyah?

Walaubagaimanapun, Alyah menafikan dakwaan tersebut dan beliau juga menjelaskan beliau tidak mahu masuk campur dengan status yang dimuat naik oleh suaminya itu.

Banyak yang bertanyakan perkara ini kepada saya. Kalau bukan rakan yang beritahu, memang saya tak ambil tahu pun. Ingin dijelaskan individu yang dimaksudkan itu bukan saya.

Bukan apa, selama ini saya dan suami menguruskan kerjaya masing-masing. Jadi apabila status itu tular di Internet, saya tak pasti siapa yang dimaksudkan. Saya pun tak bertanya kepada suami.

Dalam pada itu, Alyah sempat berkongsi beliau pernah menerima bayaran yang jauh lebih rendah ketika mula-mula bergelar penyanyi.

Terdahulu, Tok Ram menerusi status Facebooknya mempersoalkan bayaran RM300 itu tidak berbaloi pada zaman sekarang dan menasihati artis agar tidak menerima sebarang tawaran dengan harga sebegitu.

Sumber Berita : Harian Metro

June 19th, 2017

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS ataupun mesra dengan panggilan Tok Ram beberapa hari lepas telah meluahkan rasa bengangnya terhadap produser program televisyen yang menawarkan bayaran yang sangat rendah untuk artis menjayakan program yang bakal ditayangkan pada malam raya.

Status yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya itu mendapat  reaksi daripada penggiat seni yang rata-rata tidak bersetuju dengan pihak yang menawarkan bayaran murah tersebut.

Berikut status Tok Ram yang sudah tular di media sosial :-

Ini bukanlah perkara baharu didalam industri hiburan tempatan. Bakat serta usaha seseorang artis itu untuk mencari rezeki haruslah dihargai dan dihormati juga bukan? Apa pendapat anda pula?

Sumber Berita : FB RAMLI MOHAMED SALLEH

November 14th, 2016

Isu komen Datuk Ramli MS yang membuatkan penyanyi Elly Mazlein menarik diri daripada program Gegar Vaganza 3 merupakan topik panas dan sensasi sepanjang minggu lepas. Ia membuatkan penyokong tegar Elly berang dan bertindak menyerang Tok Ram di media sosial.

Tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini, Tok Ram akhirnya telah tampil memberikan pandangan beliau sendiri.

Beginilah, setiap kali seseorang peserta mula memegang mikrofon dan menyanyi, itu adalah satu bisnes yang serius buat saya. Bunyi tidak pernah menipu. Sebab itu saya katakan, di atas pentas seperti Gegar Vaganza, jangan main bangsawan dengan saya. Apabila saya katakan seseorang peserta itu tidak bagus, itu bermaksud tidak bagus dalam liganya sendiri.

Bukan saya bandingkan dengan pendatang baharu misalnya, kerana penyanyi lama sudah ada ilmu dan roh dalam nyanyian mereka. Jadi sebagai seorang penyanyi lama, mereka tidak lagi boleh masuk dalam zon melakukan kesilapan teknikal kerana itu sudah menjadi makanan mereka.

Berbicara mengenai orang ramai yang kini melabelkan beliau sebagai juri “mulut puaka” dan membenci cara beliau mengkritik, Tok Ram nampaknya tidak cepat melatah mahupun terkesan dengan setiap kecaman yang dilemparkan kepada dirinya.

Tok Ram merupakan seorang yang telus dalam penilaiannya dan hanya mahu setiap peserta didalam GV3 mempelajari sesuatu daripada kesilapan mereka.

Saya seorang yang berterus terang. Saya tidak cakap belakang atau suka memberi kiasan. Saya tidak pandai. Saya akan cakap telus apa yang saya mahu cakap. Tetapi bagaimana seseorang itu mengambil kata-kata saya secara positif atau sebaliknya.

Sudah lama saya menjadi juri atau melakukan tanggungjawab mengkritik. Tetapi saya juga mahu tanya, adakah pernah kritikan saya yang dikatakan tidak sensitif atau mengaibkan seseorang sehingga membunuh karier mereka? Tanya kepada para peserta, apakah pelajaran yang mereka peroleh jika mengambil kritikan saya secara positif?

Saya tidak boleh mengubah pemikiran seseorang yang mahu menjadikannya negatif, walhal apa yang saya lontarkan adalah satu hal positif yang perlu diambil untuk mempertingkatkan diri kerana pada akhirnya, ilmu itu adalah untuk mereka, bukan untuk saya.

Pada masa yang sama, Tok Ram enggan  mencampuradukkan antara kisah rumah tangga dan profesionalismenya dalam bekerja meskipun isterinya,  Alyah turut terkena tempiasnya apabila diserang peminat Elly. Tok Ram tidak akan membantu Alyah membayar kos guaman  jika isterinya itu mahu membawa hal  berkenaan ke mahkamah.

Sumber Berita : Kosmo!