Written by AbangNara | February 22nd, 2010

tiz zaqyah

Kesian si gadis mulus Tiz Zaqyah nie. Bila nak popular je banyaklah gosip-gosip liar yang cuba nak menjatuhkan dia. Mungkin salah Tiz jugak kot yang berkawan dengan seorang pelakon wanita yang banyak sangat kisah tak elok (rasanya anda tau siapa).

Minggu lepas jer banyak khabar angin yang keluar pasal Tiz Zaqyah menghisap rokok masa shooting kat Kota Damansara. Lepas tue hari nie baca Bipop, raja wartawan hiburan si Zubir bagitau yang ada orang bagitau dia mulut Tiz berbau arak masa shooting. Macam-macam gosip dan khabar angin tak elok yang keluar.

Nasib baik si Tiz Zaqyah nie jenis senang dihubungi untuk bagi keterangan pasal kontroversi-kontroversi murahan nie. Dengan selambanya Tiz mintak mereka-mereka yang menuduh dia merokok nie bawak bukti. Bawaklah gambar dia tengah hisap rokok ke, nyalakan rokok guna lighter ke. Kalau tak ada bukti jangan cerita lebat. Setakat reka cerita, semua orang pun boleh reka.

Yang pasal arak nie sememangnya disebabkan kebaikan Tiz menemani si pelakon wanita kontroversi tue pergi kelab malam. On the first place(speaking omputeh cam FT sikit), kenapa nak pergi kelab malam kan? Persepsi orang kita kalau pergi kelab nie compem minum punya. Lagi-lagi kalau anda tue selebriti. Kesimpulannya sudah-sudahlah tue pergi kelab. Baik duduk tidur kat rumah lagi bagus kan?

Buat Tiz Zaqyah, anda tue ada masa depan yang cerah. Pandai-pandai lah memilih kawan. Pandai-pandailah jadi popular kerana bakat, bukan kerana kontroversi. Kami percaya yang anda satu hari nanti mampu menjadi bintang filem yang hebat. Tingkatkan produktiviti, kurangkan kontroversi. Go Tiz go.